Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Jangan Kau Bin Atau Bintikan Nama Aku" - Engggan Mengaku Anak, Mampukah Intan Kembalikan Kepercayaan Daniel?

Hanafis Haris
03/06/2019 17:08 MYT
Konflik antara Daniel Hakim dan Intan Raihana bertambah tegang apabila Daniel enggan menerima anak dikandung Intan.
 
Tambah menyedihkan, Daniel meletakkan syarat untuk tidak menggunakan namanya apabila anak itu dilahirkan kelak.
 
Akur dengan perjanjian itu, Intan terpaksa 'menelan' segala kata-kata kesat dilemparkan Daniel terhadapnya.
 
Namun, disebalik keangkuhan Daniel tidak menerima anak dikandung Intan itu, dia kemudian didatangi kejadian aneh.
 
Daniel secara tiba-tiba sering muntah dan pening kepala biarpun tidak mengalami masalah kesihatan.
 
Apa sebenarnya terjadi pada Daniel? Adakah Intan Raihana mampu mengembalikan kepercayaan Daniel untuk menerima anak sedang dikandungnya?
 
Untuk mengetahui apa yang bakal terjadi, jangan lupa untuk terus menyaksikan drama Curi-Curi Cinta setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
 
Drama Curi-Curi Cinta ini dibintangi oleh pelakon Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Fauziah Nawi, Talha Harith, Uyaina Arshad dan ramai lagi.
 
#Astro #Aiman Hakim #Curi-Curi Cinta