Hiburan

"Jangan Kecam Ustaz Favorite Aku" - Zarina Anjoulie Tempelak Individu Tuduh Ustaz Ebit Lew Riyak!

Hanafis Haris
22/04/2020
08:30 MYT
Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah menempelak golongan yang menganggap segala usaha Ustaz Ebit Lew menghulurkan sumbangan sebagai satu perbuatan yang riyak.
Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya hari ini.
Menurut Zarina, Ebit telah banyak memberikan inspirasi buat dirinya baik dari segi tingkah laku dan aktiviti kebajikan.
Menurutnya, satu perkara yang bagus tentang ustaz tersebut adalah cara dan pendekatannya yang dianggap amat lemah lembut.
"Saya suka tengok video dia, cara dia layan orang, layan isteri dan keluarga semuanya boleh dijadikan contoh. Malah, usaha dia membantu orang susah melakukan amal kebajikan juga patut dijadikan contoh.
"Secara tak langsung boleh membuka mata orang untuk sama menolong ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
Jelas Zarina, dia tidak faham mengapa segelintir pihak masih mengecam tindakan murni berkenaan, malah ada yang menganggap perbuatan itu sebagai riyak.
"Korang kena faham, apa yang disumbangkan itu adalah hasil sumbangan dan dana orang ramai. Selain itu gambar-gambar tersebut juga untuk tingkatkan kesedaran orang ramai dan bukannya riyak.
"Better macam tu elak fitnah. Nanti kalau ustaz bawa kereta mewah orang tuduh macam-macam, ingat zaman batu ke ustaz bawa motor Honda EX-5," katanya.
Semalam, Ebit telah membuat permohonan maaf menerusi satu posting di Facebooknya.
Rata-rata warganet mengaitkan posting yang dibuat Ebit Lew itu dengan teguran dibuat beberapa pihak selepas bantuan dihulurkan kepada seorang warga emas Kurang Upaya menjadi kontroversi.
BACA: “Saya Minta Maaf, Saya Tak Berniat Sakitkan Hati Sesiapa Pun” – Ebit Lew
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Anggap Luahan Anju Rindukan Nedim Sebagai Sahabat - “Mereka Kawan Lama, Dah Macam Best Buddy"

gempak
17/07/2024
03:02 MYT
Pelakon, Nora Danish menganggap hantaran Insta Story aktres Zarina Anjoulie merindui bekas suaminya, Nedim Nazri hanyalah sebagai luahan seorang kawan yang merindui sahabat lamanya.
Hiburan

Zarina Anjoulie Tak Malu Mengaku Pernah Buat Pembedahan Plastik - “Apa Yang Buat Rasa Hina, Potong Usus Tapi Dia Claim Diet”

gempak
04/06/2024
02:55 MYT
Pelakon, Zarina Anjoulie akui lebih selesa untuk tidak menyembunyikan kebenaran pernah melakukan pembedahan plastik atau kecantikan pada bahagian muka dan badannya.
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Hiburan

Zarina Anjoulie Tawar Diri Jadi Penyampai Radio - "Aku Ni Dah Lah Janda Sendu Miskin Pulak Tu”

gempak
20/01/2024
02:55 MYT
Pelakon dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie menawarkan diri untuk mengisi posisi penyampai di stesen radio Suria FM
Terkini

“Jangan Dia Tinggal Spender Je Mama” - Khazrul Elzey Nasihat Zarina Anjoulie Bersabar, Sedia Lawan ‘Budak Senget’ Di Court!

gempak
12/01/2024
00:55 MYT
Lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan Zarina Anjoulie, Datuk Seri Khazrul Elzey menasihati pelakon itu supaya tidak terus melayan dan bergaduh dengan individu yang didakwa sebagai Fathia Latiff di media sosial