Penyanyi Siti Sarah bersyukur kerana dia dan suami, Shuib Sepahtu sekeluarga berada di kedudukan yang tidak pernah mereka duga.

Justeru, Sarah berkongsi tips paling penting buat suami isteri untuk murah rezeki.

Menurut Sarah, suami perlu banyak bersedekah terutama dengan ibu yang berkorban dan membesarkan mereka.

“Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yang tak pernah kami duga Alhamdulillah...

“Antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah .. Suami kena bayak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu! Ibu yang melahirkan awak... Kalau bagi sejuta sebulan pun belum cukup untuk bayar balik sewa yang awak pernah duduk dalam perut ibu..

“Jangan kedekut dengan isteri.. Isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas.. Tapi isteri pun janganlah ambil kesempatan pada suami... Isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan.

“Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi. Ada seringgit kita belanja seringgit sama-sama, ada 10 sen kita fikirkan macam mana nak gandakan sama-sama.

“Isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.. Tanpa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak, janganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu.. Tag your husband and please tag your wife,” tulisnya.

Sarah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Sarah memuat naik video yang merakamkan dirinya sedang meminta kredit kad dari suaminya.

Rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Sarah dan menceritakan pengalaman yang seakan sama dengan penyanyi tersebut.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Syukur Alhamdulillah Allah meletakkan kami sekeluarga dikedudukan yg tak pernah kami duga Alhamdulillah... antara tips buat suami isteri supaya murah rezeki adalah .. suami kene bayak bersedekah, terutamanya jangan kedekut dengan ibu!!! Ibu yg melahirkan awak .. kalau bagi sejuta sebulan pon belom cukup untuk bayar balik sewa yg awak pernah duduk dalam perut ibu?? .. jangan kedekut dengan isteri .. isteri pun antara pintu rezeki terbuka luas.. tapi isteri pon jangan lah ambil kesempatan pada suami .. isteri pun kena saling memahami dan jangan ambil kesempatan serta tahu kemampuan. Kata orang, the art of give and take. Saling memahami dan berkongsi. Ada seringgit kita belanja seringgit sama2 ada sen 10 kita fikirkan macam mana nak gandakan sama2. isteri tak boleh derhaka dengan ibu mertua.. tampa ibu mertua awak tak boleh kenal suami awak?? jaganlah kerana sikap buruk isteri pada ibu mertua Allah murka pada sebuah keluarga itu.. tag your husband and pls tag your wife ????

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on