Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jangan Lagakan Kami…Lagu ‘Poyo’ Tak Ada Kena Mengena Dengan Artis Kemaruk Bantuan Kerajaan” -  Danial

Fiza Kamarudin
31/03/2020 11:16 MYT
Pelawak dan penyampai radio Danial Zaini menegaskan lagu Poyo nyanyiannya bersama Santesh dan Noki K-Clique tidak ada kena mengena dengan situasi sekarang.

Danial berkata, lebih mengejutkan apabila, ada yang mengaitkan lagu Poyo ditujukan kepada artis-artis yang meminta bantuan kerajaan kerana COVID-19.

Katanya lagi lagu Poyo sudah ditulis tahun lepas dan sekiranya mempunyai persamaan ia hanyalah kebetulan.

Danial turut memohon maaf kepada rakan-rakan industri jika ada yang terasa dengan andaian dilemparkan netizen.

“Assalamualaikum…bangun pagi ni saya dapat banyak Whatsapp dan DM tanya pasal lagu POYO yang release semalam.

“Ada yang kata lagu tu ditujukan kepada rakan-rakan artis yang kemaruk nak mintak bantuan kerajaan.

“Saya tegaskan di sini lagu Poyo ditulis pada tahun lepas dan tidak ada kena mengena dengan situasi sekarang, semuanya secara kebetulan.

“Jadi saya mohon tolong la jangan laga-lagakan kami sesama rakan dalam industri seni ini. Saya mohon maaf pada yang terasa,” katannya menerusi posting terkini di laman sosial Instagram (IG) sebentar tadi (Selasa).

Lagu ciptaan sepenuhnya Mr Yin ini dilancarkan semalam di semua platfom digital termasuk muzik video di YouTube dan diedarkan di bawah syarikat rakaman Datu Entertaiment.

#Pelawak #Lagu baru #Danial Zaini
;