“Jangan Lah Komen Sesedap Rasa…”-Dituduh Buat Pembedahan Untuk Kurus, Ini Jawapan Suami Faezah Elai
Syafiqah Jalal
16/12/2019 07:33 MYT
16/12/2019 07:33 MYT
Suami kepada pelakon Faezah Elai, Heykal Hanifah kecewa apabila ada pihak yang menuduhnya membuat pembedahan perut untuk kurus.
Heykal yang juga seorang pengarah drama itu berang apabila tuduhan itu diterima dari pihak luar yang langsung tidak mengenalinya.
BACA: “Masa Tu Nak Solat Pun Seksa...”- Pernah Cecah Berat 121kg, Lihat Transformasi Suami Faezah Elai Sekarang!
“Hari ni ada seorang hamba Allah ni kata yang saya buat pembedahan perut.
“Mana kau tahu dik? Kau baru keluar dari dalam perut aku ke?Rasa kasihan la plak kat dia sebab main petik je.
“Jadi buat semua janganlah main komen sesedap rasa tekak sendiri jer sebab bila tak betul ia jadi fitnah dan sendiri mau ingatlah.
“Dosa dengan Allah swt kalau bertaubat atau mohon keampunannya dariNYA insyaallah boleh settle tapi kalau dosa sesama manusia ni panjang ceritanya,”tulisnya.
Heykal meluahkan perasaannya di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik foto terkininya yang semakin segak dan kurus.
Terdahulu, Faezah telah berkahwin dengan Heykal Hanifah pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya, Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Hasil perkahwinan dengan Heykal, Faezah dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.