Pendatang baru, Wafariena Roslan, 25, memberi amaran kepada segelintir individu yang mengganggu nombor telefon yang terpapar di akaun Instagram (IG) miliknya.

Nama pendatang baru, Wafariena Roslan, 25, beri amaran kepada peminatnya yang menghubungi dan mengganggu nombor telefon yang terpapar di akaun Instagram (IG) miliknya.

Kata Wafariena atau lebih mesra dengan panggilan Wafa itu, nombor tersebut milik pengurusnya bukan nombor peribadinya.

“Sesiapa yang kacau nombor di bio IG tu, itu bukan nombor saya itu adalah nombor pengurus saya.

“Jadi kalau ada yang asyik nak telefon dan mesej dan ada juga siap buat panggilan video, minta hentikan sebab kasihan dengan pengurus saya.

“Nombor itu hanya digunakan untuk urusan kerja,” tegasnya.

Wafa yang dikenali menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video ketika membuat amaran tersebut.

Tambah Wafa lagi, jika ada peminat yang masih berdegil dia tidak teragak-agak untuk menyekat nombor telefon mereka.

“Jangan marah jika nombor anda disekat atau kena ‘blocked’ .

“Dan jangan DM (mesej peribadi) saya cakap sombong lah, tak balas mesej dan sebagainya kerana itu bukan saya,” katanya lagi.

Bukan nk marah tapi tula ? . . *wafa bercakap bagi pihak manager, kesian dia ..?

A post shared by ????? ??????? ????? ??‍? (@wafarienaroslan) on