Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jangan Menangis Mak...”- Nazeera Sardi Terima Ijazah Sarjana

Syafiqah Jalal
01/11/2018 06:23 MYT
Pelakon Nazeera Sardi terima Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam

Pemilik nama sebenar Siti Nazirah Sardi berkata ijazah yang diterima itu hanya untuk ibunya dan berharap orang tersayangnya itu gembira.

“Jangan menangis Mak...Ini terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan kasih sayang Mak.

“Ini untuk Mak. Harap Mak gembira kerana saya memang mahu sentiasa gembira dan bangga dengan anaknya,” katanya.

Nazeera berkongsi kenangan terindah dalam hidupnya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Pelakon wanita itu turut bersedih kerana arwah bapanya tidak dapat bersama menyaksikan kejayaannya.

“Abah, saya harap Abah ada. Saya rindukan Abah. Al- fatihah.

“Terima kasih kepada keluarga dan rakan yang hadir semalam,” katanya lagi.

Berikut merupakan foto ketika hari konvokesyennya:

#jerncuba . Don’t cry Mak, This is too small compare to your love This is for you I hope u are happy because i’ve planned to make u happy and proud forever . Abah.. I wish u were here I miss you ? Al fatihah . . Thank you to family love & friends for coming yesterday. #iamblessed . #upmconvocation42 #nazeerasardi #jernloveyou #jernfamily

A post shared by JERN (@nazeerasardi) on

#jerncuba . Alhamdulillah Thank you everyone for congratulating me May Allah bless you • #MBAgraduationday #nazeerasardi #pestakonvoupm42 #upmconvocation42 #jernloveyou

A post shared by JERN (@nazeerasardi) on

#pelakon #Pelakon #Ijazah #Nazeera Sardi #Konvo
;