Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jangan Meratap Kematian, Amalkan 5 Doa Ini Ketika Hati Sedang Gundah... Biar Fikiran Tak Kusut

Amri Hassan
02/08/2023 11:41 MYT
Siapa yang tak berduka dengan kematian, apatah lagi yang hilang itu insan tersayang terutamanya ahli keluarga sendiri.

Memetik Riwayat Muslim, seseorang individu itu dibolehkan menangis atau mengalirkan air mata tanpa mengeluarkan suara sebagai tanda sedih atas kematian orang disayangi.

Sekadar tangisan biasa atau kesedihan tidaklah menjadi kesalahan.

BACA: Berpadalah Meratapi Kematian Orang Tersayang. Banyakkan Doa dan Muhasabah, Kurangkan MENGENANG



Bagaimanapun, diharamkan atas keluarga si mati meratap (menangis dengan suara yang kuat/meraung, mengoyak baju, menampar pipi, memukul badan, menarik rambut).

Umat Islam menjadi fardhu kifayah ke atas mereka melaksanakan solat jenazah kepada saudaranya yang meninggal dunia. Begitu juga dengan memandikan, mengkafankan dan mengebumikannya.

Berikut antara doa yang boleh dibaca ketika sedang bersedih untuk hati lebih tenang.

1. Doa ketika sedih & kecewa


اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh”

(Sahih Bukhari)

2. Doa Ketika Sedih Agar Diberi Pertolongan

Doa ketika sedih yang seterusnya yang boleh anda amalkan adalah doa penenang hati atau doa tenangkan hati sewaktu sedih disamping memohon pertolongan dari Allah dalam setiap urusan iaitu:

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths

Maksudnya: “Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Doa ini juga boleh dijadikan sebagai doa kuatkan hati dan semangat ketika sedih.

3. Doa ketika sedih agar dipermudah hidup

Bagi anda yang sukar menyelesaikan masalah dan terkesan dengannya, boleh amalkan doa kuatkan hati merangkumi doa penenang hati ini.

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya”.

(Sahih Ibnu Hibban)

Ketika sedih, amalkan doa tenangkan hati dan perasaan ini supaya segalanya akan menjadi lebih mudah.

4. Doa ketika sedih dan gelisah

Amalkan doa tenangkan hati ini untuk atasi segala kesedihan yang membelenggu diri iaitu:

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِوَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِوَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِوَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal

Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”

(Sahih Bukhari)

5. Doa untuk jernihkan fikiran kusut


اَللّٰهُمَّ اجْعَلْ لِيْ نُوْرًا فِيْ قَلْبِيْ، وَنُوْرًا فِيْ قَبْرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ سَمْعِيْ، وَنُوْرًا فِيْ بَصَرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ شَعْرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ بَشَرِيْ، وَنُوْرًا فِيْ لَحْمِيْ، وَنُوْرًا فِيْ دَمِيْ، وَنُوْرًا فِيْ عِظَامِيْ. وَنُوْرًا مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَنُوْرًا مِنْ خَلْفِيْ، وَنُوْرًا عَنْ يَمِيْنِيْ، وَنُوْرًا عَنْ شِمَالِيْ، وَنُوْرًا مِنْ فَوْقِيْ، وَنُوْرًا مِنْ تَحْتِيْ. اَللّٰهُمَّ زِدْنِيْ نُوْرًا، وَاَعْطِنِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْ لِيْ نُوْرًا، وَاجْعَلْنِيْ نُوْرًا

Allahummaj’al li nuran fī qalbi, wa nuran fi qabri, wa nuran fi sam’i, wa nuran fi bashari, wa nuran fi sya’ri, wa nuran fi basyari, wa nuran fi lahmi, wa nuran fi dami, wa nuran fi ‘izhami, wa nuran min bayni yadayya, wa nuran fi khalfi, wa nuran ‘an yamini, wa nuran ‘an syimali, wa nuran min fawqi, wa nuran min tahti. Allahumma zidni nura. Wa a’thini nura. Waj’al li nura. Waj’alni nura

Maksudnya: “Ya Allah jadikanlah cahaya pada hatiku, kuburku, pendengaranku, penglihatanku, rambutku, kulitku, dagingku, darahku, tulang-tulangku, di hadapanku, belakangku, sisi kananku, sisi kiriku, sisi atasku, dan pada sisi bawahku. Ya Allah tambahkanlah cahaya bagiku. Berikanlah cahaya kepadaku. Jadikanlah cahaya bagiku. Jadikanlah diriku bercahaya.”

Istiqamah dalam berdoa sebenarnya mendidik jiwa kita dengan meletak sepenuh pengharapan hanya pada Allah dan bukan hamba-Nya.

Dari situ juga bermulalah hati yang kental tanpa ragu dengan keimanan dan keyakinan yang tinggi dalam menghadapi ujian mendatang.

Sumber: Motherhood.com, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

#Kematian #Doa #Sedih #Kecewa #Berkabung #Kusut #Tenang Hati