,
gaya hidup

Berpadalah Meratapi Kematian Orang Tersayang. Banyakkan Doa dan Muhasabah, Kurangkan MENGENANG

Afiza Kamarulzaman
13/08/2021
14:17 MYT
Siapa tidak sedih apabila orang yang disayangi seperti ibu ayah, pasangan, anak-anak atau teman-teman baik tiba-tiba dijemput pulang ke Rahmatullah? Namun, itulah bezanya jiwa seorang Muslim dengan orang kafir dalam menerima kematian sebagai ujian di dunia semata.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA beliau berkata ketika putera Rasulullah SAW yang bernama Ibrahim meninggal dunia baginda menangis kerana kesedihan lalu berkata Abdul Rahman bin Auf RA kepada baginda maksudnya: "Dan engkau pun menangis wahai Rasulullah?
Maka sabda Rasulullah SAW, “wahai anak Auf. Sungguhnya ia adalah rahmat.” Kemudian Rasulullah bersabda, “bahawasanya mata itu menitiskan air dan hati itu bersedih dan tiada kami sebut melainkan barang yang diredai oleh Tuhan kami sahaja. Dan sesungguhnya kami dengan perpisahan denganmu wahai Ibrahim sedang bersedih.” – Hadis Riwayat al-Bukhari.
Namun kesedihan itu bukanlah sehingga meratapi dengan tindakan yang bercanggah dengan syariat seperti sabda Rasulullah bermaksud, "dua perkara kepada manusia yang kedua-duanya adalah daripada perbuatan orang kafir, mencela keturunan (seseorang) dan meratap atas mayat." – Hadis Riwayat Muslim.
Dalam ajaran Islam, apabila seseorang menerima berita kematian, kita dianjurkan untuk mengungkapkan doa sebagaimana hadis daripada Ummi Salamah katanya yang bermaksud, "Rasulullah SAW bersabda, “jika ada antara kalian tertimpa musibah, hendaklah dia berkata, sesunggunya kami milik Allah dan sesunguhnya kami akan kembali kepada Nya.
Ya Allah aku hanya menghitung pahala musibah ini di sisi Mu, maka berikanlah kepadaku pahala itu dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik daripada musibah ini." – Hadis Riwayat Abu Daud
Kredit Foto: Google
Kesedihan Yang Berlebihan
Sebenarnya, banyak perbuatan kita hari ini yang berkaitan cara menerima kematian seseorang bercanggah dengan apa yang dianjurkan Islam. Kita cuba membenarkan sesuatu atas asbab yang sangat longgar seperti sumber inspirasi, megambil teladan dan sebagainya. Ingatlah niat tidak menghalalkan cara.
Mengenang orang sudah tiada tidaklah salah tetapi jika dilakukan dengan perasaan takjub dan taksub, ia boleh membawa mudarat. Tiada seorang manusia berhak dipuja dan disanjung berlebihan apatah lagi mereka yang sudah tiada di dunia ini.
Ulamak terkenal, Muhammad ibn Isma’il al-Shan’ani rahimahullah berkata, “meratapi mayat adalah menangis dengan mengeraskan suara sambil menyebutkan sifat dan keadaan mayat serta perbuatan dan jasa-jasa baiknya.” Hadis tersebut sebagai dalil yang menunjukkan haramnya yang demikian, dan ini disepakati ulama. (Subulus Salam, 1/880).
Imam al-Nawawi rahimahullah berkata, “Meratap adalah perbuatan haram dan sangat buruk. Ia harus ditinggalkan dan dicegah karena dapat menambah duka, menyingkirkan kesabaran, menyalahi kepasrahan terhadap ketetapan Allah, dan tidak tunduk pada perintah-Nya.” (Syarh Shahih Muslim, VI/336).
Jelas sekali bahwa ulama juga berpendapat hal yang sama tentang kesedihan mengenang kematian orang tersayang. Ya benar, kesedihan adalah satu naluri normal untuk setiap manusia. Namun, Allah SWT telah menggariskan panduan terbaik untuk hamba Nya memandu kesedihan itu agar tidak berlebihan.
Apa yang lebih baik adalah dengan mendoakan kesejahteraan si mati. Doa sebaiknya dipanjatkan kepada Allah SWT. Mengadulah segalanya kepada Dia yang satu bukan melalui media sosial atau individu yang tidak memberi manfaat kepada si mati.
Ya, cakap senang. Namun, inilah ujian dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk reda dan terus bersabar dengan titipan takdir. Semua orang akan melalui detik kematian dan kehilangan. Maka, waspadalah pada setiap jalan yang dipilih. Ada simpati merawat hati, namun ada perhatian mengalih iman.
Semoga semua kita yang pernah dan sedang diuji dengan keperitan kehilangan orang tersayang terus diberi kekuatan dan keimanan yang mantap. Semua kita adalah pinjaman Allah SWT.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Jasad Liam Payne Dibawa Pulang Ke UK Lepas 3 Minggu Mati Di Argentina

gempak
07/11/2024
11:55 MYT
Jasad penyanyi Liam Payne akhirnya dibawa pulang ke United Kingdom selepas tiga minggu meninggal dunia di Argentina.
Hiburan

Rujuk Semula Dengan Bekas Isteri? Fazley Serah Kepada Tuhan - "Saya Masih Cakap I Love You, Adik"

gempak
21/10/2024
02:25 MYT
Cef selebriti dan penyanyi terkenal Datuk Fazley Yaakob menyerahkan soal jodoh dan takdir kepada Yang Maha Esa, begitu juga seandainya merujuk semula dengan bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Hollywood

"Kami Sayang Kamu…” - Anggota One Direction Terkejut, Sedih Dengan Kematian Liam Payne

gempak
18/10/2024
05:55 MYT
Anggota band One Direction berkongsi perasaan "amat terkejut dan sedih" dengan berita kematian rakan mereka, Liam Payne.
Viral

Tragedi UiTM Dungun: Wanita Disyaki Langgar Pelajar Direman 4 Hari

gempak
10/10/2024
14:25 MYT
Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun malam semalam, direman empat hari bermula hari ini.
Berita

Kes Kematian Nidza Afham Kekal Sebagai Mati Mengejut, Tiada Unsur Jenayah

gempak
22/09/2024
08:25 MYT
Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang mayatnya dijumpai di sekitar Sungai Klang, 14 Ogos lalu, kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Unitar