Bekas isteri cef Fikree, Syarifah Zuriehan menegaskan dia masih membenarkan anak tunggalnya, Jayden untuk bertemu dengan bapanya.

Tambah Zuriehan, dia tidak mahu terus ditohmah dengan pelbagai tuduhan tidak berasas mengenai kehidupan peribadinya bersama Jayden.

"Tolong ya jangan nak fitnah saya cakap saya tak bagi anak jumpa ayah dia.

"Dah tak terkira dah dosa dekat saya nak tambah dosa ni pulak. Mohon taubat!

"Saya nak jelaskan seperkara kepada semua Saya akan mengorbankan segala-galanya untuk Jayden.

"Dulu saya telan apa-apa sahaja yang berlaku dalam perkahwinan saya sebab nak Jayden ada ayah," tulisnya.

Malah, dia sentiasa mengemaskini perkembangan semasa anaknya kepada bekas suaminya itu.

"Walaupun sudah bercerrai, 'kalau' ayah dia nak berjumpa Jayden saya takkan nak pernah halang atau 'kalau' ayahnya nak call or video call memang saya akan bagi Jayden.

"Malah saya memang selalu update perkembangan Jayden kepada si ayah tak kisah sama ada dia nak tahu atau tak.

"Saya memainkan peranan sebagai ibunya. Tak lebih tak kurang," ujarnya.

Zuriehan juga memberitahu dia enggan menghasut anaknya untuk berpihak pada sesiapa.

"Saya akan buat apa yang saya buat sekarang sampai sampai Jayden dah ada akal sendiri dan ada his own moral compass.

"Selepas itu, pandai-pandailah masing-masing nak justify action sendiri sebab Jayden bukan budak-budak yang senang kena tipu lagi," tambahnya.

I just want to clarify one thing to everyone. Untuk Jayden i would sacrifice anything. Dulu i telan apa2 sahaja yg happened in my marriage sebab nak jayden ada ayah. Even now dah divorce pun "kalau" ayah dia nak berjumpa Jayden..saya takkan nak pernah halang or "kalau" the father nak call or video call memang saya akn bgi Jayden..malah saya mmg selalu update perkembangan Jayden kepada si ayah whether he wants to know or not. I just do my part as a mother. No more and no less. i will do this hanya sampai Jayden dah ada akal sendiri dan ada his own moral compass. Afterward pandai2 lah masing2 nak justify action sendiri sebab Jayden bukan budak2 yg senang kena tipu lagi. Tolong ya jgn nk fitnah saya cakap saya tak bagi anak jumpa ayah dia. Dah tak terkira dah dosa dekat saya..nak tambah dosa ni pulak. Mohon taubat. ❤

A post shared by Syarifah Zuriehan (@zuriehanbenyahya) on


Cef Fikree dan Zuriehan berkahwin pada 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jayden Malik yang kini berusia 3 tahun.

Kemelut rumahtangga pasangan itu mula tercetus apabila Fikree didakwa berlaku curang terhadap bekas isterinya.

Mereka akhirnya memutuskan untuk berpisah pada Mei 2019.