"Jangan Nilai Orang Dari Instagram Mereka" - Maria Farida

Asraf Aided
Jun 25, 2020 08:05 MYT
Aktres jelita Datin Seri Maria Farida berkongsi kata-kata positif mengenai cara untuk membahagiakan diri sendiri.
Maria juga menasihati orang ramai untuk tidak menilai seseorang berdasarkan perkongsian mereka di media sosial, kerana ia tidak memaparkan kehidupan sebenar.
"Jangan nilai seseorang berdasarkan akaun Instagram mereka, apa yang anda lihat adalah matahari dan pelangi sahaja, tetapi ia boleh jadi sebaliknya secara realiti.
"Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain, fokus sahaja pada apa yang membuatkan anda rasa gembira," kongsi Maria di Instagram.
BACA : “Tak Kaya Tak Apa, Janji Bersih & Kemas”- Tinggal Rumah Atas Air, Netizen Puji Cara Wanita Ini Bersyukur
Tambah Maria, seseorang individu juga harus menyingkirkan sesiapa yang membawa perkara negatif dalam kehidupan.
"Jangan rasa bersalah untuk menyingkirkan orang atau apapun perkara yang membawa kesedihan dalam hidup," tulisnya lagi.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Maria turut bersetuju dengan pendapatnya itu, pada masa yang sama, ramai juga yang memuji kecantikan pelakon berusia 50 tahun ini.
Untuk rekod, Maria mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Rahman Shakur pada November 2015.
Maria juga memiliki seorang anak lelaki, Mizan Ashley, 23, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.
#pelakon #Maria Farida #Pelakon