Hiburan

“Jangan Over Sangat Sampai IG Nak Post Picture Stylo Sahaja” – Linda Rafar

gempak
Asraf Aided
29/10/2019
12:01 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Over Sangat Sampai IG Nak Post Picture Stylo Sahaja” – Linda Rafar
Pelakon Linda Rafar berkongsi foto dengan saudara-mara yang baru bertemu dengannya baru-baru ini.
Perkongsian itu dimuat naik menerusi entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan wargamaya.
Menurut Linda, dia tidak kisah untuk berkongsi foto bersama keluarga meskipun gambar yang diambil itu tidak bersesuaian dengan 'feed' di laman IG.
"Bila berjumpa my cousin, aunty, uncle, diorang pesan please post gambar dan video kita orang dekat feed IG Linda ok.
"Linda tak ada masalah pun nak post kenangan dengan family yang jumpa setahun sekali je..tak apa lah feed tak cantik? Nak gambar yang dah edit? Tak nak kotorkan feed IG? Allahuakbar..Jangan taksub sangat dengan dunia ni okay..
"Bila meninggal kain kapan jugak kita bawak, so jangan over sangat sampai IG pun nak post picture stylo sahaja," tulisnya sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan pendapat Linda.
Terdahulu, Linda menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 18 dan Rezaiman Keiflin yang meninggal pada usia 12 tahun pada 2014.
Manakala perkahwinan kedua bersama Syed Aiman adalah pada 2 Disember 2006.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 11, Syed Rezariiq, 8, dan Syed Rezaliif, 3 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live