Hiburan

“Jangan Percaya Sesiapa Di Dunia Kecuali Keluarga Sendiri” – Syida Melvin

gempak
Mya Amri
07/11/2019
09:35 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Percaya Sesiapa Di Dunia Kecuali Keluarga Sendiri” – Syida Melvin
Pelakon Syida Melvin akui keluarga merupakan sumber kekuatan dan tulang belakang disebalik kejayaan perniagaannya.
Menurut Syida yang juga merupakan adik kepada aktres Syatilla Melvin ini mendedahkan kunci kejayaannya.
“Dalam perniagaan ini bukannya senang pasti ada sahaja halangan dan juga sikap dengki. Jadi saya sentiasa ingat pesan bapa.
“Dia mengingatkan saya agar jangan mempercayai sesiapa di dunia ini kecuali keluarga sendiri dan berkat doa ibu dan bapa jugalah angan-angan untuk membuka perniagaan sendiri berjya.
“Produk kami, The Melvins adalah merupakan salah satu tanda sayang dan cinta pada ibu serta bapa.
“Walaupun perniagaan kami baru setahun jagung… Alhamdulillah sambutan memberangsangkan. Baru saya faham, kita kena betulkan niat terlebih dahulu.
“Kemudian berusaha tanpa henti, jangan fikirkan perkara negatif netizen dan yang paling penting kena yakin dengan diri sendiri. Saya yakin, kejayaan pasti datang.” katanya.
Selain Syida, Ismail Izzani dan Intan Serah juga berkongsi mengenai kisah suka duka kehidupannya sebelum berjaya. Saksikan kesemua episod penuh Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube.
Curhat juga boleh ditonton di gempak.com/curhat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live