Beliau berkata, langkah itu bagi membantu siasatan terperinci oleh pihak berkuasa berhubung punca sebenar kebocoran dan kebakaran saluran gas yang mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk dengan skala besar.
"Keutamaan bagi kerajaan negeri bersama kerajaan Persekutuan ialah keselamatan, kebajikan dan keselesaan semua penduduk yang terkesan," katanya menerusi kenyataan.
Semalam, Amirudin dipetik berkata, laporan awal berhubung insiden itu akan dibentangkan dalam tempoh 72 jam.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis akan menyiasat dakwaan kerja pengorekan tanah sebagai punca kebakaran itu.