Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Jangan Percaya Sesiapa Di Dunia Kecuali Keluarga Sendiri” – Syida Melvin

Mya Amri 07/11/2019 | 09:35 MYT
Pelakon Syida Melvin akui keluarga merupakan sumber kekuatan dan tulang belakang disebalik kejayaan perniagaannya.
Menurut Syida yang juga merupakan adik kepada aktres Syatilla Melvin ini mendedahkan kunci kejayaannya.
“Dalam perniagaan ini bukannya senang pasti ada sahaja halangan dan juga sikap dengki. Jadi saya sentiasa ingat pesan bapa.
“Dia mengingatkan saya agar jangan mempercayai sesiapa di dunia ini kecuali keluarga sendiri dan berkat doa ibu dan bapa jugalah angan-angan untuk membuka perniagaan sendiri berjya.
“Produk kami, The Melvins adalah merupakan salah satu tanda sayang dan cinta pada ibu serta bapa.
“Walaupun perniagaan kami baru setahun jagung… Alhamdulillah sambutan memberangsangkan. Baru saya faham, kita kena betulkan niat terlebih dahulu.
“Kemudian berusaha tanpa henti, jangan fikirkan perkara negatif netizen dan yang paling penting kena yakin dengan diri sendiri. Saya yakin, kejayaan pasti datang.” katanya.
Selain Syida, Ismail Izzani dan Intan Serah juga berkongsi mengenai kisah suka duka kehidupannya sebelum berjaya.
Saksikan kesemua episod penuh Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube.
Curhat juga boleh ditonton di gempak.com/curhat.
#pelakon #Pelakon #Syida Melvin #Curhat
;