Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah memberitahu dia berada dalam keadaan sihat dan hanya mengalami bengkak di bahagian mukanya.
Didi mendedahkan foto wajah terbarunya itu di akaun Instagram (IG)nya semalam.
“Bukan selalu post selfie kan, accident semalam tapi jangan risau DD okay je. Syukur Alhmdulillah, be safe out there guys!” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, peminat Didi yang terkejut dengan kejadian menimpa adik kepada penyanyi Bella Astillah itu mendoakan supaya cepat sembuh.
Mereka juga meminta Didi mendapatkan rawatan dan rehat secukupnya sebelum kembali bekerja.
Instagram: @didiastillah