Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jangan Risau, Tak Ketat Dan Baby...”- Jawapan Shakilla Koriri Selepas Ditegur Berbaju Sendat Ketika Hamil

Syafiqah Jalal
17/01/2019 12:40 MYT
Sekeping foto Shakilla Koriri memakai gaun hamil yang menampakkan bentuk perutnya itu telah dikecam netizen.

Rata-rata di akaun Instagram (IG) miliknya menyifatkan gaun yang dipakai Shakilla itu terlalu sendat dan tidak sopan.

Malah ada juga netizen yang bimbang keselamatan bayi di dalam perutnya apabila Shakilla berpakaian ketat.

Namun, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu sudah pun menjelaskan baju tersebut sebenarnya tidak ketat serta membahayakan seperti yang disangka.

“Jangan risau, tak ketat and baby tak lepas dalam tu. Selesa TERUK !! Okay boleh bawa jogging,” tulisnya.

Shakilla kongsi perkara tersebut di akaun IGnya.

#?• . Motif bukaan mulut 9cm tu bukan apa cuma nak tengok muat tak nak masuk makanan dengan pingan mangkok sekali. . Stress betul asyik LAPAR. ? . . Nampak baju i pakai dari @9months_maternity ni tak?? Jangan risau, Tak ketat and baby tak lepas dalam tu. Selesa TERUK !! . . Okay boleh bawa jogging ! ??

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Shakilla mendiri rumah tangga bersama Fizi pada 18 Februari 2018.
#pelakon #Hamil #Mengandung #Hamil #Pelakon #Fizi Ali #Shakilla Koriri
;