,
Berita

Jangan Serkap Jarang! Finas Pandang Serius Isu Pelacuran, Penggubahan Wang Haram Dalam Kalangan Artis

ZULHILMI JALIL
23/10/2020
12:57 MYT
Kontroversi melibatkan isu penggubahan wang haram dan sindiket pelacuran yang dikaitkan dengan golongan selebriti sejak akhir-akhir ini turut mendapat perhatian serius daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Dalam satu kenyataan kepada media, pengerusinya, Zakaria Abdul Hamid berkata, pihaknya memandang serius hal tersebut kerana ia melibatkan nama baik industri kreatif.
Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah membuat sebarang bentuk spekulasi dan telahan yang boleh mencemarkan imej mana-mana penggiat seni.
"Finas mengingatkan semua pihak terutama pengguna laman sosial supaya tidak bertindak secara serkap jarang dalam membuat kenyataan yang boleh menjatuhkan reputasi dan kredibiliti warga seni.
"Sehubungan itu, Finas memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas dalam membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya selaras dengan sistem perundangan negara," katanya.
Jelas beliau lagi, Finas juga sentiasa bersedia untuk memberikan segala bentuk kerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani isu berkenaan.
Sebelum ini, sebuah akhbar mingguan melaporkan terdapat kegiatan tidak bermoral yang mengaitkan golongan selebriti sehingga mampu meraih RM40,000 semalam.
Pendedahan itu dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia susulan siasatan berhubung aktiviti penggubahan wang haram yang turut mengaitkan beberapa selebriti tanah air.
Ekoran pendedahan itu, beberapa selebriti tempatan dipanggil bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, orang ramai mula membuat spekulasi sendiri mengenai individu-individu yang mungkin terpalit.
BACA: Kesiannya Tak Pasal-Pasal Chacha Maembong, Fara Mendoza, Scha Difitnah! Tapi Siapa Mereka & Apa Kaitan Dengan Macau Scam?
Kredit foto: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”

gempak
15/11/2024
23:55 MYT
Pelakon, Rita Rudaini tidak bersetuju sekiranya tindakan mencampak skrip atau ditengking dianggap sebagai satu pembulian.
Hiburan

Masih Solo, Iman Troye Tak Kisah Netizen ‘Kenenkan’ Dengan Rakan Artis - “Mereka Seperti Abang Saya..”

gempak
30/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi Iman Troye mengakui tidak kisah sekiranya ada segelintir netizen mengaitkannya dengan rakan artis seperti Naim Daniel, Zubir Khan atau Ezra Kairo.
Hiburan

Ebby Yus Hilang Pendapatan… Akui Rindu Nak Bekerja! - "Kalau Ada Tawaran, Saya Terima"

gempak
30/10/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal Ebby Yus sentiasa terbuka menerima tawaran bekerja memandangkan bidang seni satu-satunya punca pencariannya sehingga kini.
Hiburan

Kecoh Isu Cerai-Berai Babitkan Rakan Selebriti, Adam Lee & Sweet Qismina Pilih Diam Diri – “Kita Ada Rezeki Yang Allah Sedang Jaga”

gempak
29/10/2024
06:50 MYT
Pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu mengulas isu yang membabitkan selebriti lain yang sedang bedepan kemelut rumah tangga.
Hiburan

Kejayaan Di Indonesia, Pengerusi Finas Puji Anna Jobling

gempak
10/10/2024
21:27 MYT
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman menyifatkan pencapaian Anna Jobling sebagai pelakon utama dalam filem Indonesia, Lembayung dan Laut Tengah sebagai satu kebanggaan besar bukan sahaja untuk dirinya tetapi buat industri filem Malaysia.
Unitar