"Jangan Sibuk Main Handphone, Asyik Tengok TV..." - Che Ta Pentingkan Masa Bersama....

Rozaimi Zubaidi
Januari 23, 2019 05:01 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta mengakui masa bersama adalah penting dalam sebuah keluarga.
Menerusi entri di Instagram (IG), Che Ta menjelaskan walaupun sibuk dengan kerja namun perkara itu bukan alasan untuk tidak membahagikan masa bersama anak-anak dan suami.
"Ramai dari kita yang tak tau luangkan masa bersama keluarga boleh menambahkan kualiti hidup. Means, kualiti kesihatan pun meningkat.
"Memanglah kita ni busy buat sampai 2 atau 3 kerja sebab nak bagi keluarga selesa. Nak kumpul duit tapi walaupun masa uolls tak banyak, tapi gunakan sebetulnya bila bersama keluarga.
"Jangan sibuk main handphone, asyik tengok tv, dok buat kerja sendiri dan main game.
"Masa yang sikit tu lah luangkan untuk keluarga, anak-anak. Bila bercakap dengan anak-anak, pandang mata depa. Jangan mulut cakap dengan anak, mata tengok tv, tengok handphone.
"Itu bukan ja kesihatan uolls ja tak meningkat, kesihatan jiwa anak pun boleh terbantut," tulisnya.
Menrusi ruangan komen rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta dan mereka juga mendoakan kebahagiaan keluarganya.
#pelakon #Che Ta #Rozita Che Wan #Pelakon