,
Laman Utama

“Jangan Takut & Ragu” - Alhamdulillah, Keluarga Diraja Kelantan Dah Terima Vaksin Covid-19!

Hanafis Haris
05/06/2021
17:09 MYT

Akhirnya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan keluarga baginda telah menerima suntikan vaksin Covid-19!

Menurut kenyataan Unit Media Pejabat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menerima suntikan jenis Pfizer di Wad D'Raja Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Sultan Muhammad V turut disertai adindanya, Tengku Muhammad Fakry Sultan Ismail Petra dan suami kepada adinda bongsu baginda, Tengku Amalin A'ishah Putri iaitu Pengiran Muda Abdul Qawi Pengiran Mohamed Bolkiah.

Bonda baginda Sultan iaitu Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan Tengku Amalin A'ishah Putri pula menerima suntikan masing-masing di Istana Mahkota.

"Suntikan pertama diterima pada 22 Mac, manakala suntikan kedua pula ialah pada 12 April.

"Selain itu, adinda Sultan, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan pasangannya, Che Puan Sofie Louise Johansson juga menerima suntikan pada hari sama di lokasi berkenaan," kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Sultan Muhammad V turut menyeru rakyat supaya tidak takut dan ragu-ragu untuk mengambil vaksinasi masing-masing bagi mencegah penularan pandemik tersebut di negeri ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kelantan Negeri Kedua Paling Selamat Di Malaysia

gempak
21/10/2024
08:50 MYT
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dalam hantaran di Facebooknya meluahkan rasa syukur selepas negeri ini dilaporkan sebagai kedua paling selamat di Malaysia.
Viral

Lebih Memilih Orang Johor, Wanita Anggap Lelaki Kelantan ’Red Flag’ Undang Kecaman - “Untuk Buat I Happy Around 15K To 20K”

gempak
20/10/2024
21:55 MYT
Tular di TikTok memperlihatkan temu bual seorang wanita bertudung yang memberitahu dia lebih memilih lelaki berasal dari Johor berbanding Kelantan.
Berita

Pertama Kali Sarkas UK Datang Kelantan, Hanya Ahli Sarkas Lelaki Dibenarkan Perform!

gempak
19/10/2024
05:55 MYT
Great British Circus bakal memukau penonton di Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan dengan pertunjukan sarkas pertama seumpamanya dipersembahkan oleh ahli sarkas lelaki sahaja.
Hiburan

"Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

gempak
05/10/2024
14:00 MYT
Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur.
Hiburan

Dikritik Hasilkan Lagu Berdialek Kelantan, Aisha Retno Kekal Tenang, - “Ramai Yang Tak Tahu Sebenarnya Bapa…”

gempak
26/09/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno akui timbul sedikit kontroversi sejak dia melancarkan lagu terbaharunya iaitu Samudera.
BorakSeeni