Laman Utama
"Jangan Tanya Dah Kenapa Saya Gemuk" - Mona Allen Umum Hamil Anak Kedua
Pelakon Mona Allen mendedahkan dirinya kini sedang sarat hamil dan bakal menimang cahaya mata kedua tahun hadapan.
BERITA TRENDING: Pekin Ibrahim Terima Petua Pelik Untuk Dapatkan Zuriat - “Bila Bersama Kena Buka…”
Menerusi hantaran di Instagram, kata Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, kandungannya kini sudah pun memasuki trimester kedua.“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdulillah, saya dan suami, Pekin Ibrahim bakal menerima seorang lagi cahaya mata iaitu adik kepada Petra.
“Insya-Allah awal tahun hadapan. Alhamdulillah sekarang saya sudah masuk trimester kedua.
"Sudah tiba masanya saya berkongsi berita gembira ini dalam Instagram. Masya-Allah. Doakan perjalanan kehamilan saya dipermudahkan segala-galanya. Amin," jelasnya.
Pada masa sama, Mona turut menzahirkan ucapan terima kasih buat keluarga serta peminat atas doa yang tidak putus-putus untuk dirinya.
Malah, sempat berseloroh tentang pertambahan berat badannya seperti yang kerap diajukan soalan oleh peminatnya.
"Jangan tanya dah kenapa saya gemuk," pesannya.
Terdahulu, Mona dikurniakan rezeki menimang cahaya mata sulung selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Berita gembira itu dikongsikan Mona selepas dia tidak boleh lagi menyembuyikan perutnya yang semakin membesar selepas kandungannya memasuki usia enam bulan.
Menurut Mona, dia dan suami telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata, termasuk ikhtiar rawatan perubatan Islam.
BERITA TRENDING: “Dah Bagi Ubat, Kalau Tak Baik Kena Sunat…” - Anak Mona Allen Alami Jangkitan Pada Kemaluan
Pelakon selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Petra Pekin pada 31 Ogos 2022. Mona mendirikan rumah tangga bersama Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.PILIHAN PEMBACA: Pekin Tak Malu Ambil Balik Kertas Bahasa Melayu SPM, Kini Bakal Sambung PhD Pula!
Must-Watch Video