"Jangan Tanya Lagi!" - Nina Iskandar Enggan Ulas Tragedi Kemalangan, Kembali Kerja Lagi 2 Minggu

Amri Hassan
Disember 13, 2018 06:36 MYT
Pelakon Nina Iskandar meminta semua pihak agar tidak mengungkit atau bertanyakan lagi tentang kemalangan yang berlaku dua minggu lalu.
Baca: "Besarnya Dugaan Saya Kali Ini" - Jadi Mangsa Langgar Lari 2 Kereta, Bibir Nina Iskandar Koyak, Tulang Belakang Retak!
Tegas Nina, 27, dia percaya ada hikmah di sebalik kejadian hitam itu dalam hidupnya.
"Dengan ini, saya minta kerjasama dari pihak luar agar tidak mengungkit atau bertanya lagi tentang kemalangan itu sebab saya tidak akan mengulas lagi tentang kejadian 2 minggu yang lepas.
"Let bygones be bygones, cukup saya anggap sebagai satu pengalaman pahit dalam hidup saya yang saya percaya, mungkin ada hikmah di sebaliknya," kata Nina.
Memanjatkan rasa syukur diberikan peluang kedua untuk meneruskan hidup, Nina yang kini sedang menjalani rawatan di Brunei akan kembali berkerja dalam tempoh dua minggu lagi.
"Terima kasih ya Allah... Saya bersyukur, kerana Allah panjangkan usia saya dan selamatkan saya.
"Alhamdulillah, I am recovering well, and still undergoing treatments here in Brunei.
"Insha-Allah dalam dua minggu lagi, my work and normal routine will resume as normal if Allah wills.
"Doakan yang terbaik buat saya dan segala urusan dipermudahkan.
"Apa yang penting buat masa sekarang ialah untuk saya pulihkan semangat saya untuk terus kehadapan dengan positivity and not dwell on what felt like one of the most traumatic experiences for me," tambahnya.
Nina turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang membantunya sejak tragedi itu hingga proses pemulihannya.
Sekitar 29 November lalu, dramatis itu menjadi mangsa langgar lari dua kenderaan hingga menyebabkan kereta miliknya remuk.
Nina difahamkan cedera di bibir dan dipercayai retak tulang belakang.
#pelakon #Kemalangan #Pelakon #Nina Iskandar