Hiburan
"Jangan Terpedaya" - Sheikh Muszaphar Jadi Mangsa Penipuan Iklan 'Hand Sanitizer'?
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendakwa wajahnya telah digunakan oleh sebuah jenama cecair pembasmi kuman dan virus (hand sanitizer) tanpa pengetahuannya.
Muszaphar mendedahkan perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum
Pada masa yang sama, Muszaphar juga meminta orang masyarakat untuk sentiasa berhati-hati dengan produk palsu dan menyarankan untuk membeli produk dari jenama yang dipercayai ramai sahaja.
"Jangan terpedaya, ini bukan jenama saya, dan saya bukan menjadi duta mereka, jangan mudah terpedaya dengan produk palsu di luar sana.
"Beli produk yang dihasilkan oleh jenama-jenama besar dan dipercayai sahaja untuk memastikan ianya berkesan, bukan yang menggunakan wajah selebriti ataupun jenama yang tidak diketahui," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, Muszaphar juga mengatakan ia bukan masa yang sesuai untuk melakukan penipuan sebegitu.
"Semestinya ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengeksploitasi sebegitu, saya hanya berkongsi maklumat," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut angkasawan ini turut tidak berpuas hati dengan kejadian itu.
Apapun, buatlah pilhan bijak, amalkan langkah pencegahan COVID-19 dengan sempurna dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan sehingga 31 Mac ini.
Must-Watch Video