"Jangan Text Atau Call Nombor Di Bio Untuk Maki Hamun Syakila" - Faye Kusairi

Badrul Hashim
Julai 30, 2020 11:34 MYT
Pelakon Faye Kusairi yang membawa watak Syakila nampaknya agak marah apabila ada yang membenci watak lakonannya itu menghantarkan mesej maki hamun kepada nombor telefon untuk tujuan perniagaannya.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Faye turut memuat naik satu mesej seolah ugutan kepada wataknya untuk ditumbuk muka.
Melalui perkongsian tersebut, Faye cuba menjelaskan keadaan dan berharap peminat tidak cuba menyamakan dirinya dengan watak yang dibawa di dalam lakonannya itu.
"Saya paham lakonan saya membawa watak Syakila tu menjadi & kalian terkesan. Saya juga paham kalian beremosi.
"1. Jangan text atau call nombor telefon yg ada di bio saya tu untuk memaki hamun Syakila. Itu nombor HANYA UNTUK URUSAN PERNIAGAAN SAYA.
"2. Tak kesah kalau kalian nak luahkan perasaan tak puas hati kat watak Syakila tu, tapi biarlah JAGA bahasa kamu ya. Jadi penonton yg bijak meneliti mana satu realiti, mana satu fantasi," tulis Faye.
Bagaimanapun, Faye tetap mengucapkan terima kasih kepada peminat atas sokongan terhadap drama lakonannya, dan mengakui telah melakukan yang terbaik untuk semua penonton.
#pelakon #Faye Kusairi #Pelakon