Berita

Jangan Tohmah Khir Rahman Sengaja Tunjuk Baik…

gempak
Syafiqah Jalal
02/07/2020
10:33 MYT
Sponsor Banner
Jangan Tohmah Khir Rahman Sengaja Tunjuk Baik…
Pelakon dan juga pengarah teater Korupsi Dewan Senandung, Khir Rahman memohon agar tidak timbul tohmahan bahawa dia sengaja ingin menunjuk baik apabila kembali bekerjasama dengan penerbit teater berkenaan, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy meskipun pelakon itu belum melangsaikan hutangnya.
Khir berharap apa yang berlaku di antara dia dan Ogy itu dijadikan teladan.
BACA: "Tak Perlu Nak Putuskan Silaturahim Kerana Saya Berhutang" - Fauziah Ahmad Daud Profesional Dengan Khir Rahman
“Pada mulanya saya tidak mahu jadikan hal ini sebagai 'feed', memadailah dengan hanya 'story' . Hari ini, saya mahu abadikannya di sini.
“Saya kira, ini boleh dijadikan teladan yang baik buat semua.. Mohon tiadalah yang akan membuat tohmahan bahawa saya ingin menunjuk baik ya. Saya pasti saya tidak sempurna pun.
“Terlalu ramai yang DM (mesej peribadi) menghargai 'pengorbanan rasa' ini. Saya tak terjawab semua.
“Ya, bukan mudah seperti yang terlihat. Alhamdulillah kesyukuran saya panjatkan dan terima kasih buat semua yang mendoakan silaturrahim ini
“Saya percaya anda juga ada kata-kata yang baik untuk dikongsikan sama di sini,” tulisnya.
Khir berkongsi perkara terbabit di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik keratan akhbar tentang kenyataannya yang bersikap professional apabila bekerja dengan Ogy serta mengenapikan isu yang berlaku sebelum ini.
Terdahulu, Ogy dilaporkan gagal melunaskan bayaran kepada tenaga produksi teater Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Februari lalu.
BACA: "Kak Ogy Janji Bayar 16 Mei Tapi Dapat Surat Minta Tangguh Lagi" - Khir Rahman
Bagaimanapun, Ogy kemudian tampil menjelaskan bahawa dirinya sedang berusaha mencari dana bagi melunaskan kesemua baki bayaran kepada kru produksi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live