Bintang Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli tampil mengulas mengenai isu viral pempengaruh Haqiem Stopa yang dijemput ke sebuah sekolah untuk memberikan ceramah minggu lalu.
Biarpun tidak jelas tentang pengisian program terbabit, kata Iqbal, dia lebih menitikberatkan aspek penampilan ketika hadir ke institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti.
"Secara peribadi sebagai orang yang sering dijemput untuk program di sekolah dan universiri, saya tak berani komen lebih kerana tidak tahu pengisian dalam program tersebut.
"Cuma ada satu perkara yang kurang selesa di pandangan mata, tentang penampilan. Janganlah pakai gelang, seluar ketat dan baju seperti imej rempit di media sosial.
"Pakai stokin, baju berkolar. Sekolah tempat beretika. Tidak mengapa, selagi berniat baik, jangan putus semangat," tulisnya di Instagram Stories.
Iqbal bagaimanapun tidak menolak keterbukaan sesetengah institusi pendidikan untuk bekerjasama dengan pempengaruh namun perlulah sejajar dengan matlamat serta ilmu yang cuba disampaikan.
"Pandangan saya, era kini kita perlu lebih terbuka untuk bekerjasama dengan influencer. Namun, jangan asal ada pengikut ramai, kita boleh terima sesuka hati.
"Bagaimanapun, cara penyampaian, apa ilmu yang disampaikan, sekurang-kurangnya individu tersebut terlatih daripada etika, kemahiran pengucapan awam. Soft skill perlu ada.
"Pihak sekolah sendiri apatah lagi pihak atasan yang bertanggungjawab perlu pantau dari sekarang kerana zaman kita zaman pantas. Apabila mula saja seorang dua yang berani, ia akan berlanjutan.
"Saya apabila dipanggil untuk berucap di universiti tentang ilmu bisnes, tidak sesekali saya mengajak mereka menjadi orang yang berduit dengan pantas.
"Skop penyampaian di universiti tidak sama seperti di kursus bisnes. Tidak semua pengalaman saya boleh ceritakan di universiti," tambahnya.
Tegas Iqbal, dia masih menititikberatkan pendidikan dan menganggap universiti bukan semata-mata berkisar tentang akademik.
"Walaupun semakin ramai orang terbuka mengatakan tiada pelajaran tinggi pun tak mengapa, ya itu betul.
"Namun, saya tetap berpendapat bahawa pendidikan itu tunjang segalanya. Sekolah dan universiti tidak ajar kita dapat A semata-mata tapi ajar kita cara berkomunikasi, cara berfikir, cara bergaul yang tidak akan kita dapat dari ibu dan ayah.
"Biarpun gagal, asal ada pengalaman pendidikan. Jika bukan di universiti, sekurang-kurangnya kursus di luar ada banyak," katanya.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan menyiasat isu melibatkan pempengaruh, Haqiem Stopa yang dijemput sebagai penceramah di sebuah program motivasi di sebuah sekolah menengah baru-baru ini.
Kehadiran Haqiem Stopa di sebuah program motivasi di sebuah sekolah menengah tular di media sosial sehingga mengundang kecaman apabila dikatakan tidak sesuai dijemput sebagai penceramah.
Bagaimanapun, penganjur program Cerita Orang Gagal (COG), Rizan Hasan menjelaskan, program itu merupakan perkongsian mengenai peluang kedua seseorang individu selepas menghadapi kegagalan masa lalu yang boleh dijadikan pengajaran kepada murid di masa akan datang.
Amri Hassan
Mon Jul 11 2022

![[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen [VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-dia-sedut-juga-sikit-nafas-tu-lucu-lihat-harris-annuar-layan-isteri-mengidam-bau-simen.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen
Lucu bila Harris sakat isteri dia heheh.
.png?ext=.png)
“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua
Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

Aleeya Zailan Sebak Rai Kejayaan Tanpa Arwah Ibu - "Allah Gantikan Pelanggan Sama Macam ..."
Allahu sedihnya...

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh
Tahniah Harry, sekali sekala nak jatuh kan heheh.
![[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…” [VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-45_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”
Cantik la Siti ni...

Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?
Duit habis banyak tapi produk tak laku?
_1.png?ext=.png)
Padam Bukti ‘Heroin’ Menggatal Di Instagram, Bella Astillah; “Tiada Apa Yang Saya Nak Explain…”
Bella tak mahu ulas lagi

“Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka…” - Mas Idayu Akhirnya Buka Mulut Komen Sissy Iman & Naim Daniel
Netizen puji Mas Idayu

“Mata Berair, Kacau Pernafasan, Tak Larat Nak Buat Apa-Apa Dah” - Jue Aziz Kena Influenza, Ramai Doa Cepat Sembuh
Semoga Jue Aziz cepat sembuh.

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”
Alhamdulillah