Pelakon Noorkhiriah berharap agar dirinya terus kekal istiqomah dalam menutup aurat sebagai seorang kaum hawa.

Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah menjelaskan bukan mudah untuk bagi seseorang itu menutup aurat dengan sempurna kerana kadang-kadang mereka mempunyai keinginan diri untuk bergaya.

"Bukan mudah untuk kita berada kukuh di jalan Allah, kadang kelaut tapi mohon kakak janganlah sampai buka apa yang dah ditetapkan pakai.

"Mohon juga pada diri sendiri moga kuat sebab tau diri ini takdalah kuat mana, teringin pakai suar koyak, maka pakailah, masih pakai jean, halus kat kaki. Kadang berjubah kadang berseluar.

"Iman turun naik cuma mana yang wajib tutuplah. Teringin taknak kena dalam alam sana tapi rasanya macam kena pasai masih banyak yang tak betul lagi," tulisnya.

Bukan mudah utk kita berada kukuh di jalan Allah,kdg kelaut..tp mohon akak jgnlah sampai buka apa yg dh ditetapkan pakai..mohon gak pd diri sendiri moga kuat sb tau dirini tkdelah kuat mana,tingin pakai suar koyak,maka pakailah..masih pakai jean,halus kat kaki..kdg bjubah kdg bsuar..iman turun naik cuma mana yg wajib tutuplah..tingin taknak kena dlm alam sana tp rasanya mcm kena pasai masih byk yg tk betul lagi..korg doakan akak,InshaAllah akak doakan korg..nak istiqomah di jalan Allah bukan pkara mudah sapa yg bjaya tahniah sapa yg gagal kita ssama cuba..Allah pemberi rezeki..Allah uji tanda Allah sayang,bukan tanda suh melayang apa yg dah melekat,tutup aurat ni berat sebenarnya..tapi sangat ringan bagi mereka yg berjaya ISTIQOMAH di jalan ALLAH..Tahniah? #tegurandariAllahpelbagaicara #teguranbuatdirisendiri #berlapangdadasajakitaterima #tutupbukitmerahgunungsemanggol #memulasesikitllamamembukit #SISCUBA

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on


Menerusi entri tersebut juga, Noorkhiriah berharap agar orang ramai dapat mendoakanya terus istiqomah dalam menutup aurat dengan sempurna.

"Korang doakan kakak, Insha Allah kakak doakan korang. Nak istiqomah di jalan Allah bukan perkara mudah sapa yang berjaya tahniah sapa yang gagal kita sama-sama cuba. Allah pemberi rezeki.

"Allah uji tanda Allah sayang, bukan tanda suruh melayang apa yang dah melekat, tutup aurat ni berat sebenarnya tapi sangat ringan bagi mereka yang berjaya Istiqomah di jalan Allah. Tahniah," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata menitipkan doa buat Noorkhiriah dan berharap agar dia dapat menjadi contoh terbaik pada peminat-peminatnya.

"@junaidariel_: Moga Allah permudahkan urusan kita untuk kejalanNya."

"@baruddin: Menang betul. Terbaik idola semoga terus memberi inspirasi kepada orang ramai dalam menutup aurat."

"@elinmarji: Salute dengan "akak" ni ler walau berfesyen, tetap tertutup. Saya dah dekat separuh abad. tutup pun tak betul lagiii. Cantik sangat pula tengok gaya akak rugged rock gini."