"Janganlah Sampai Buka Apa Yang Dah Ditetapkan Pakai" - Noorkhiriah

Rozaimi Zubaidi
Ogos 20, 2019 05:48 MYT
Pelakon Noorkhiriah berharap agar dirinya terus kekal istiqomah dalam menutup aurat sebagai seorang kaum hawa.
Menerusi entri di Instagram (IG), Noorkhiriah menjelaskan bukan mudah untuk bagi seseorang itu menutup aurat dengan sempurna kerana kadang-kadang mereka mempunyai keinginan diri untuk bergaya.
"Bukan mudah untuk kita berada kukuh di jalan Allah, kadang kelaut tapi mohon kakak janganlah sampai buka apa yang dah ditetapkan pakai.
"Mohon juga pada diri sendiri moga kuat sebab tau diri ini takdalah kuat mana, teringin pakai suar koyak, maka pakailah, masih pakai jean, halus kat kaki. Kadang berjubah kadang berseluar.
"Iman turun naik cuma mana yang wajib tutuplah. Teringin taknak kena dalam alam sana tapi rasanya macam kena pasai masih banyak yang tak betul lagi," tulisnya.
Menerusi entri tersebut juga, Noorkhiriah berharap agar orang ramai dapat mendoakanya terus istiqomah dalam menutup aurat dengan sempurna.
"Korang doakan kakak, Insha Allah kakak doakan korang. Nak istiqomah di jalan Allah bukan perkara mudah sapa yang berjaya tahniah sapa yang gagal kita sama-sama cuba. Allah pemberi rezeki.
"Allah uji tanda Allah sayang, bukan tanda suruh melayang apa yang dah melekat, tutup aurat ni berat sebenarnya tapi sangat ringan bagi mereka yang berjaya Istiqomah di jalan Allah. Tahniah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata menitipkan doa buat Noorkhiriah dan berharap agar dia dapat menjadi contoh terbaik pada peminat-peminatnya.
"@junaidariel_: Moga Allah permudahkan urusan kita untuk kejalanNya."
"@baruddin: Menang betul. Terbaik idola semoga terus memberi inspirasi kepada orang ramai dalam menutup aurat."
"@elinmarji: Salute dengan "akak" ni ler walau berfesyen, tetap tertutup. Saya dah dekat separuh abad. tutup pun tak betul lagiii. Cantik sangat pula tengok gaya akak rugged rock gini."
#pelakon #Pelakon #noorkhiriah