Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Jangka Hayat Tiga Bulan Sahaja Tapi…” - Lan Zailan Disahkan Kanser Pankreas Tahap 4

Asyikin Mayudin 05/12/2024 | 02:55 MYT
Isteri kepada pelakon Lan Zailan iaitu Ruby Sara Omar, 51 memaklumkan suaminya disahkan menghidap kanser pankreas tahap 4 dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM).

Jangka hayat

Menerusi mesej yang dikongsikan di aplikasi WhatsApp, Ruby turut memberitahu doktor memaklumkan Lan mempunyai jangka hayat selama tiga bulan sahaja.

“Saya nak beritahu bahawa doktor dah sahkan Lan menghidap kanser pankreas stage 4. Menurut doktor jangka hayat tiga bulan sahaja tapi itu kata doktor,” kongsinya.

Pada perkongsian yang sama, Ruby berkata barah berkenaan juga sudah merebak ke bahagian organ dalaman lain.

Sel barah merebak

“Sebab kanser dah merebak ke hati dan paru-paru. Mohon sahabat terus bagi semangat pada Lan. Jika ada salah silap mohon maafkan dia,” katanya.

Sebelum ini, Lan atau nama lengkapnya Zailan Kamaruddin, 66, dimasukkan ke PPUM akibat batuk berpanjangan selepas keadaannya tidak berubah walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik sejak Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-Anak & Isteri Penguat Semangat Kieran Lawan Kanser Prostat - "Terlalu Lama Kenang Nasib Semua Benda Tak Jadi"

#Kanser Pankreas #Isteri Lan Zailan #Lan Zailan
;