Janji Nak Bogel Kerana Tujuan Tertentu, Ini Nasihat Menteri Agama – “Tak Ada Faedah…”
Fiza Kamarudin
03/12/2021 03:26 MYT
03/12/2021 03:26 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menasihatkan individu yang berjanji akan berbogel demi tujuan tertentu supaya melupakan terus hasrat pelik tersebut.
Menurutnya, janji pelik sedemikian sebenarnya tidak perlu dilaksanakan kerana ia bukan sahaja tidak berfaedah, malah melanggar ajaran Islam yang menetapkan had batas aurat.
“Tidak sepatutnya buat begitu, memanglah konon semangat sukan kerana sokong pasukan tertentu tetapi dari segi syarak, dia tidak perlu melaksanakannya walaupun berjanji,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Jakim bersama 28 pemimpin korporat milik kerajaan (GLC) Malaysia 2021 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya, pada Khamis.
Pengguna media sosial tempatan kelmarin gempar dengan janji seorang lelaki yang berjanji akan berbogel dari ibu negara ke Johor jika Kuala Lumpur City menang Piala Malaysia.
Bagaimanapun lelaki tersebut dikatakan membatalkan niat berkenaan menyebabkan ramai warganet menjadikan individu itu sebagai bahan jenaka kerana tidak berani menunaikan janji.
[[BACA: Kalau KL Kalahkan JDT Aku Bogel...]]
Pasukan The City Boys itu melakar sejarah apabila mampu menewaskan gergasi JDT dalam aksi akhir piala berprestij edisi ke-100 tahun tersebut dengan dua jaringan tanpa ada balas.

Sumber: Utusan Online