Laman Utama

“Kalau KL Kalahkan JDT, Aku Bogel Dari Kuala Lumpur...” - Perjanjian ‘Berani Mati’, Netizen Tuntut Bila Nak Tunaikan?

gempak
Hanafis Haris
01/12/2021
13:09 MYT
Sponsor Banner
“Kalau KL Kalahkan JDT, Aku Bogel Dari Kuala Lumpur...” - Perjanjian ‘Berani Mati’, Netizen Tuntut Bila Nak Tunaikan?

Seorang penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencetuskan perbualan ramai apabila sebelum ini pernah membuat ‘perjanjian’ menerusi satu video.

Menurut pemuda tersebut, dia dengan rela hati akan berbogel daripada Kuala Lumpur (KL) ke Johor sekiranya KL City) dapat menumpaskan JDT.

“Malam Johor lawan KL? Ok la macam ni, kalau KL boleh kalahkan JDT malam ni, aku bogel dari KL ke Johor, bogel tau.

“Serius cakap, bukan sembang punya. Tak ada dalam sejarah KL dapat kalahkan Johor

“Hidup JDT, aku bogel dari KL sampai Johor tau,” katanya.

Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak di media sosial, rata-rata netizen menuntut apa yang dijanjikan pemuda berkenaan susulan kemenangan KL City.

“Ha mana orang yang nak kata bogel tu, sila tunaikan janji”.

“Mohon janji ditepati ya, kata bukan sembang”.

“Masih menanti perkara tersebut berlaku, jauh tu KL ke Johor,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, semalam penantian selama 32 tahun untuk ke pusingan akhir tidak berakhir dengan sia-sia apabila KL City berjaya menjulang trofi Piala Malaysia sempena ulang tahun ke-100 kejohanan itu sebentar tadi.

Disifatkan sebagai ‘underdog’ di pentas final, pasukan 2-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Zhafri Yahya mengejutkan stadium dengan jaringan pertamanya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74.

BACA : KL City Benam JDT, Muncul Juara Piala Malaysia Edisi Ke-100!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live