HIBURAN
Janna Nick Kongsi Momen Unboxing Jam Rolex Sempena Ulang Tahun Kelahiran - “Saya Tak Tahu Nak Beli Apa”
Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa gembiranya apabila menerima sebuah jam tangan mewah sempena ulang tahunnya yang ke-30.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkongsi momen ‘unboxing’ jam tangan berjenama Rolex yang dianggarkan bernilai hampir RM100,000 di aplikasi TikTok.
“Ini bukan parcel biasa-biasa. Hari ini saya nak unboxing jam Rolex pertama saya. Saya beli jam tangan ini beberapa hari sebelum sambutan hari lahir.
“Ini adalah sebenarnya hadiah untuk saya sendiri. Sebab saya tak tahu nak beli apa untuk hari lahir saya,” katanya.
Bagaimanapun, meskipun gembira dengan pembelian tersebut, pelakon drama My Coffee Prince itu mengakui dirinya bukanlah peminat jam tangan dan menyifatkan keterujaan itu hanya bersifat sementara.
“Saya seorang yang tidak pandai menghargai jam, suatu hari kalau saya nak jual preloved, orang akan tahu jam saya memang tak pernah pakai. Saya dah beli jam ni tiga minggu tapi tak pakai lagi, sebab saya memang tak suka jam.
“Saya rasa jam ni masa nak beli sahaja kita akan rasa teruja, tapi bila dah dapat, akan rasa ‘biasa je nyah’. Jadi kita simpan sahajalah,” jelasnya.