gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tegur Anak Bab Solat , Netizen Puji Ketegasan Johan - “Dengan Yang Bujang-Bujang Kecut…”
HIBURAN
Siti Jamumall Dedah Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami - “Ujian Hidup Masing-Masing, Mungkin Terbawa Emosi Sebab Tengah Hamil”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Pernah Kena ‘Palau’ Dengan Kawan, Ariel Fesol Pilih Tukar Kerjaya - “Orang Tak Suka Sebab Kita Tak Ada Duit”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Soal Tentang Apa Perasaan Jadi Duda, Netizen Kurang Senang Soalan Janna Nick Pada Fattah - “Apalah Soalan Macam Ni, Husband You Tu Handsome Idaman Ramai”

gempak
Mya Amri
07/05/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Soal Tentang Apa Perasaan Jadi Duda, Netizen Kurang Senang Soalan Janna Nick Pada Fattah - “Apalah Soalan Macam Ni, Husband You Tu Handsome Idaman Ramai”
Pelakon, Janna Nick mendapat perhatian apabila ada netizen meluahkan rasa kurang senang dengan soalan temu bual yang diajukan kepada aktor, Fattah Amin.

Netizen kurang selesa dengan soalan Janna

Menerusi video yang kini tular di media sosial itu merakamkan Janna sedang bertanyakan soalan mengenai bagaimana perasaan seorang lelaki yang mengalami masalah rumah tangga dan kecundang sehingga bergelar duda.

“Lelaki ni bila dah berpisah dia rasa macam mana, dia rasa happy ke, dia rasa terlepas ke beban, dia rasa macam tak payah nak hadap perempuan gila ni dah ke.

“Contoh, bukan bekas isteri kau, aku cakap situasi lelaki. Korang jangan salah tau.

“Situasi seorang lelaki yang rumah tangganya kecundang dan bergelar seorang duda, duda ni rasa macam mana?” soalnya.
Bagaimanapun, temu bual itu mendapat respon yang kurang baik daripada netizen.

Netizen salute Fattah tetap tenang

Rata-rata netizen menyatakan rasa kurang senang dengan situasi tersebut selain berpendapat Janna tidak sepatutnya bertanyakan soalan berbentuk sensitif seperti itu kerana dirinya juga sudah berkahwin.

“Apalah soalan macam ni dekat orang. Banyak-banyak soalan, yang ini juga you tanya. Husband you tu handsome idaman ramai.

“I tengok dekat TikTok tu cair segala orang bila tengok dia dah lah mix blood handsome loving caring. What if one day u aren't together and someone asked this question?

“Rasa macam tu? Gila tak gila rasa kan. Orang tu dah senyap senyap buat hal sendiri lagi mau panaskan suasana,” luah seorang netizen.
View on Threads
Tidak kurang juga ada yang memuji Fattah kerana kelihatan tenang sebaik sahaja soalan itu diajukan kepadanya.
“Baik betul FA ni, orang cakap macam tu pasal ex dia, dia masih tak rasa nak marah instead of mengiyakan ke apa. Satu dalam sejuta sungguh lah,” komen seorang netizen lagi.
Sekadar Info, Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan pasangan ini bagaimanapun sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya.
Bagi hak penjagaan anak pula diserahkan sepenuhnya kepada pelakon Fazura. Manakala, Fattah dibenarkan bermalam dua kali dan lawatan tiga kali seminggu.
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Janna Nick
#Netizen
#Temu Bual
#Kurang Senang
Must-Watch Video