Nama pelakon Janna Nick menjadi bualan hangat sejak semalam. Semuanya gara gara isu lapuk yang dibangkitkan semula oleh segelintir peminat berkaitan dunia seni dan artis Korea Selatan atau K Pop yang pernah didakwa berkaitan dengan dirinya.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Janna kemudian dilihat 'hilang' dari platform akaun media sosialnya termasuk Twitter dan Instagram.
"Mengenai alam maya, saya yang menghilangkan diri dari alam maya. Tapi saya minta maaf kerana saya tidak boleh komen banyak.
"Setakat ini siasatan polis sedang dijalankan dan saya tidak mahu komen," akui Janna saat dihubungi Gempak melalui Google Meet sebentar tadi.
Menurut Janna, walaupun sedar media sosial amat penting buat dirinya meneruskan komitmen bersama klien dan mengemas kini aktiviti serta kerja, namun dia memilih untuk tidak berada dalam radar alam maya buat masa ini.
"Secara peribadi, saya okay tiada sosial media. Tapi saya juga ada komitmen dengan klien. Mujur klien memahami dan biarlah dulu sehingga semua selesai.
Saya serahkan kepada pihak guaman untuk tindakan undang undang sebab negara kita ada undang undang. Tunggulah mungkin ada press conference," kata Janna lagi.
Janna mengatakan saat ini fokusnya 100 peratus diberikan terhadap penggambaran drama #MarryMeSenorita. Sebagai peneraju utama yang membawa watak Sofiy Leia bergandingan dengan kekasihnya, Dini Schatzmann atau Isa Alejandro, karier adalah hal yang perlu diberi keutamaan.
Sementelah, drama yang sedang hangat ditayangkan menerusi slot Megadrama di Astro itu hanya berbaki sekitar dua hari penggambaran.
"Penggambaran hanya berbaki dua hari lagi. Sebagai seorang pelaku seni, fokus saya saat ini adalah terhadap naskhah ini. Apa lagi banyak adegan konflik selepas episod ke 11 menuju penghujung iaitu episod 28.
"Dan saya tidak boleh put on hold kerja hakiki saya hanya kerana ada masalah. Sebenarnya bekerja adalah membuat saya melupakan masalah dan memastikan mental saya sihat. Mental sihat sangat penting bagi saya," kata Janna tanpa berselindung.
Ditanya mengenai karya #MarryMeSenorita yang diadaptasi dari novel ini, Janna mengaku bergandingan dengan Dini tidak mudah, apa lagi dia perlu membenci lelaki yang ironi amat disayanginya.
"Dalam drama ini saya paling benci Dini atau Isa. Saya fikir ada ke lelaki seperti ini di luar? Tapi saya tahu benci itu hanya di bibir, tapi tidak dalam hati," hurai Janna.
Malah pada saat netizen menggemakan tagar boikot di Twitter, Janna optiimis mengatakan penonton wajib menonton naskhah ini sehingga ke penghujung lantaran plot twist yang disusun Michael Ang.
"Apa yang boleh saya kata, pembaca novel ini pun kena tengok sehingga habis kerana pengakhirannya cukup berbeza daripada naskhah asal," kata Janna yang baru mengarahkan telemovie perdananya, Delen.
#MarryMeSenorita bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 2 Februari 2021 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Kredit Foto: Louis Vouitton & Collin Sim
Instagram: @dinischatzmann
Maliah Surip
Mon Feb 22 2021


Sah! Zarina Anjoulie Rujuk Balik Dengan Bekas Suami - “Tak Nak Putus Asa, Mungkin Dulu Kami...”
Alhamdulillah, doakan terbaik untuk mereka berdua

Wonder Woman, Gal Gadot Umum Hamil Anak Ketiga
Tahniah!

Isteri – Lepas Kahwin, Suami Dan Anak-Anaklah Kawannya. Ini Antara Sebab Kenapa Isteri ‘Hilang’ Kawan Sebenarnya.
Selepas berkahwin, perasan atau tak terutamanya kaum perempuan bagaikan semakin renggang dan kesudahannya ‘hilang’ kawan-kawannya. Kalau berhubung sekalipun di media sosial saja.

Masuk Klasifikasi Tontonan 18 Tahun Ke Atas, Apa Itu Borak Kelamin?
Borak Kelamin akan bersiaran sebanyak 10 buah episod

Berganda-Ganda Seram! Ini 2 Filem Horror Baru Anda Wajib Tonton Ketika Ini!
Boleh layan waktu PKP & PKPB ni!

Lady Gaga Masih Trauma & Takut
Meskipun dua ekor anjing yang diculik telahpun ditemui, penyanyi popular Hollywood, Lady Gaga dilaporkan masih berada dalam keadaan trauma dan terkejut.

Rief Daniel Dapat Idea Hasilkan Aku Solo Selepas Bertemu Yonnyboii
Mula-mula borak je, lepas tu terus jadi lagu! Fuhhh!

#SembangGajet: Tak Perlu Photoshop, Cipta Logo & Grafik Dengan Aplikasi Power Ini!
Mudah je semua boleh buat!

Kerana Watak Fika, Ezzaty Abdullah Suka Lakonkan Babak Aksi!
Ezzaty Abdullah Suka Lakonkan Babak Aksi!
.jpg?ext=.jpg)
Majlis Kahwin, Tahlil, Reunion, Akikah, Hari Jadi Dibenarkan!
Syaratnya patuh penjarakan sosial!