"Jarak 16 Tahun Bukan Halangan Untuk Saya Memilihnya Sebagai Calon Suami" - Intan Najuwa

Badrul Hashim
Ogos 19, 2019 19:53 MYT
Pelakon Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, selamat mengikat tali pertunangan bersama dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 38, Ahad lalu.
Menurut Intan, dia dan Razrul mula berkenalan sejak setahun lalu dan memilih untuk mengadakan majlis pertunangan serentak dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 22 tahun.
"Saya mula melihat keserasian kami berdua selepas hubungan kami menjadi serius. Hati saya terbuka untuk menerima lamarannya kerana sikap matang yang ada padanya.
"Dia juga memahami agenda seni saya yang padat," kata Intan kepada Harian Metro.
Tambah Intan lagi, walaupun jarak usia mereka berbeza 16 tahun, ianya bukan halangan untuk dia memilih Razrul sebagai calon suami.
"Dia masih bujang dan bukan berstatus duda seperti tanggapan orang," tambah Intan.
Majlis pertunangan Intan dan Razrul berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.
Kredit Gambar: Instagram
#pelakon #Bertunang #Pelakon #Intan Najuwa