Hiburan
Jarang Upload Gambar Bersama Suami, Dottie Didakwa Sudah Bercerai?
Pelakon Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Abdul Razak menafikan status dirinya yang sudah bercerai.
Tegas Dottie, dia masih bergelar isteri orang dan menjadi adat masalah dalam rumah tangga.
"Saya masih lagi berkahwin dan berstatus isteri orang. Tiada apa-apa pendedahan rasmi pun untuk dimaklumkan.
"Biasalah kalau ada turun naik masalah dalam rumah tangga, itu normal.
"Kami masih tinggal sebumbung, masih bersama dan bahagia," katanya ketika ditemui pada sambutan ulangtahun ke-20 tahun majalah urban EH! di JW Marriot, Kuala Lumpur malam tadi.
Dottie percaya khabar angin mengenai keretakan rumah tangganya bersama Mohd Haffis Abu Hassan tersebar disebabkan jarang memuat naik foto bersama-sama di media sosial.
"Saya rasa khabar angin itu timbul sebab saya tak mendedahkan gambar suami dan aktiviti yang kami lakukan bersama-sama. Jadi, orang anggap macam-macam.
"Ramai juga yang berjumpa dengan saya bertanyakan perkara sama malah sampai ada yang mengirimkan mesej di Instagram.
"Sebenarnya bukan saya tak nak muat naik gambar bersama tetapi saya tak berapa minat dan dia pun kurang gemar.
"Saya menghormati privasi dia dan dia pun tidak berkecil hati. Lagipun dia pemalu," tambahnya.
Untuk rekod, Dottie dan Mohd Haffis telah berkahwin pada 25 Disember 2015.
Must-Watch Video