Pengarah muzik, Genervie Kam, 39, yang juga merupakan isteri kepada penyanyi dan pelakon Hazama, 36, retak jari kaki selepas terjatuh dari tangga.

Ketika dihubungi Gempak, Hazama berkata pada awalnya mereka beranggapan hanya terseliuh.

"Genervie jatuh tangga kelmarin dekat tangga studio BSYNC. Mula-mula kami ingatkan terseliuh ja.

"Semalam pergi buat x-ray baru tau ada sikit retak kat bahagian jari kelengkeng," katanya.

Terdahulu, Genervie ada berkongsi foto kakinya dibalut selepas melakukan imbasan x-ray di sebuah hospital swasta.



Oleh sebab itu, isteri kepada pelantun lagu Penglipur Lara itu dinasihatkan untuk berehat selama tiga minggu.

"Sekarang ini doktor minta Genervie untuk kurangkan bergerak. Dia kena rehat selama tiga minggu.

"Jadi saya la yang akan menguruskan tempahan asam laksa buat masa sekarang," katanya lagi.

Sekadar info, Hazama dan Genervie mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2017.