Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jasmin Hamid Geram, Netizen Puaka Persoal Saiz Badan - “Gemuk Salah, Kurus Salah, Kau Nak Apa Sebenarnya?”

Mya Amri
20/06/2024 07:55 MYT
Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa geram apabila ada segelintir netizen yang masih mempersoalkan saiz badannya walaupun selepas menjalani pembedahan bariatrik pada Februari lalu.

Kau nak apa sebenarnya?

Jasmin menerusi video pendek di akaun Instagramnya berkata dia tidak faham mengapa masih wujud sikap manusia yang gemar mempertikaikan bentuk badan orang lain.

“Kurus salah, gemuk salah. Kau nak apa sebenarnya. Nak kurus ke nak gemuk? Bila kurus kata sakit. Kau nak aku kurus ke aku gemuk? Bila aku gemuk kau kutuk,” ujarnya.

Tak dapat puaskan hati semua orang

Dalam hantaran yang sama, Jasmin berkata sebagai manusia dia juga tidak dapat memuaskan hati semua orang.

“Manusia oh manusia, serba tak kena. Bila gemuk kata tak pandai jaga badan, bila kurus kau kata kena kencing manis.

“Mana boleh nak puaskan hati semua orang, cuba bawa bertenang,” coretnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid Kini Bebas Kanser Rahim - “Cyst Belah Kiri Dah Hilang, Kanan Pula Sudah Mula…

ARTIKEL BERKAITAN: “Kereta Buruk? Saya Okay Je Pakai Wira Lama” - Jasmin Hamid

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Menyorok Belakang Saya Bukan Sebab Takut Bini Tapi…” - Jasmin Hamid

BERITA TRENDING: "Kami Tidak Lagi Suami Isteri" - Hisyam Hamid

BERITA TRENDING: Hisyam Hamid Belum Sedia Ulas Status Cerai - "Siapa Yang Perasan Tu, Perasanlah"

Terdahulu, Jasmin pernah memaklumkan berat barannya surah mengalami penyusutan hampir 10 kg selepas menjalani pembedahan tersebut.

Berikut merupakan video penuh Jasmin.

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

#Netizen #Jasmin Hamid #Kurus #Gemuk