Pelakon, Jasmin Hamid hairan dengan sikap segelintir netizen yang mempersoalkan kenderaan lama yang dinaikinya hanya kerana bergelar selebriti.

Jasmin menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkata dia tidak malu untuk menggunakan kereta jenis Proton Wira yang digelar Bobob sebagai kenderaan kesayangannya.

“Alhamdulillah my Felari dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dah di tidurkan sebab PKP.

“Nama dia Bobob you all. Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya.

“Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?

“Itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. Kenapa ek?

“Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okay je pakai Wira lama. Yang awak pula rasa elegik dah kenapa?” luahnya.

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)


Tidak mempedulikan kata kata negatif netizen, Jasmin menyatakan dia berasa bahagia dengan kehidupan sederhana yang dimiliki.

“Biarlah… Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada sentimental value pada saya..

“Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baru untuk saya ke?

“Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat. Tepi sikit Bobob nak lalu ni,” tulisnya.

Sehingga kini, perkongsian Jasmin itu mendapat lebih 10,000 tanda suka daripada pengikutnya.