VIRAL
Jason Dapat Permintaan Cuba Tiramisu Isteri Jofliam, Netizen Tak Sabar Tunggu ‘Review’ Jujur - “Kawan Saya Suruh Maknanya Saya Kena Cubalah”
Pempengaruh terkenal, Jason sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas membalas komen seorang individu yang memintanya untuk mencuba tiramisu hasil air tangan isteri kepada pempengaruh Jofliam, iaitu Dewi.
Menurut Jason, bukan hanya netizen yang memintanya, malah rakan-rakannya juga menyarankan agar dia mencuba pencuci mulut tersebut yang kini menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna media sosial.
“Cubalah tira-miss-u yang berharga RM40,” komen dari individu.
“Kawan-kawan suruh saya cuba, maknanya saya kena cubalah,” balas Jason.
Selepas melihat komen yang dibalas oleh pempengaruh itu, rata-rata netizen tidak sabar untuk melihat review jujur dari Jason mengenai tiramisu tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Hati-hati Jason, dia guna cheese Makropon.”
“Menempah maut ni.”
“Awak akan dikecam dengan peminat mereka selepas awak bagi bad review nanti,” komen dari netizen.