Laman Utama

Jason Momoa Larang Pelancong Lawat Hawaii, Bandar Lahaina Musnah Dijilat Api

gempak
Maliah Surip
15/08/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Jason Momoa Larang Pelancong Lawat Hawaii, Bandar Lahaina Musnah Dijilat Api
Bintang filem Aquaman, Jason Momoa mendesak pelancong yang bercadang untuk melawat Hawaii membatalkan kedatangan mereka buat masa terdekat ini.
Hal ini ekoran bencana dahsyat yang sedang berlaku di bandar Lahaina, Maui. Momoa adalah anak kelahiran Hawaii. Bandar Lahaina pula telah mengalami ‘kiamat kecil’ selepas musnah dijilat api.
“Jangan melancong. Jangan membuat diri percaya yang kehadiran anda di pulau ini diperlukan.
“Maui bukan tempat yang sepatutnya dikunjungi atau menjadi destinasi percutian sekarang. Pulau ini sedang berdepan kesedihan yang sangat teruk,” tulis Momoa menerusi Instagramnya.
Permintaan tersebut antara lain dilakukan Momoa sebagai meningkatkan kesedaran kepada ‘orang luar’ bahawa penduduk di pulau tersebut sedang sengsara dengan bencana yang melanda.
Momoa mengatakan seluruh penduduk memerlukan masa untuk bangkit, menyembuhkan luka dan trauma serta meneruskan kehidupan pasca bencana.
“Ini bermaksud lebih sedikit pelancong, penduduk mungkin akan lebih cepat bangkit,” katanya.
Desakan bintang berusia 44 tahun itu juga dibuat selepas laporan di BBC memaparkan seorang penduduk meluahkan kesedihan melihat ada pelancong bersuka ria di pantai yang terbakar.
“Air yang sama telah meragut nyawa beberapa hari lalu dan kini ada pelancong yang dilihat telah berenang di sini,” kata seorang penduduk kepada stesen tersebut.
Sekitar 100 orang disahkan maut dalam kebakaran tersebut setakat artikel ini ditulis.
BACA: Jason Momoa Terlibat Kemalangan Kereta, Selamat Tanpa Sebarang Kecederaan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live