Hiburan
Jauhi Riba! 5 Tahun Irwansyah & Zaskia Sungkar Menabung, Jual 2 Buah Rumah Untuk Bina Banglo Cantik Ni
Pasangan pelakon yang sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulung, Irwansyah dan Zaskia Sungkar teruja untuk memasuki rumah baharu tidak lama lagi.
Berkongsi sedikit sebanyak ruangan dekorasi kediaman mewah mereka, Zaskia mendedahkan banglo yang didirikan itu hasil duit tabungan mereka sejak lima tahun lalu.
"Melihat pemandangan rooftop rumah Baby Syakni, konsep ini rekaan papi Irwan dan mami Kia sendiri.
"Bermula dari perjuangan menabung membeli tanah 5 tahun lalu tapi belum cukup duitnya untuk membina rumah ini.
"Akhirnya kami putuskan untuk menjualkan dua buah rumah lama untuk membina yang baru ini. Kerana kami komited tidak mahu ada hutang riba yang ternyata berat," katanya.
Pasangan itu juga terpaksa menjualkan dua buah kediaman mereka di Permata Hijau dan Pakubuwono.
Biarpun sukar, pengorbanan Irwansyah dan Zaskia membuahkan hasil dan kini mereka bakal menetap di kediaman mereka dalam waktu terdekat.
"Atas izin Allah kalau niat ternyata ada jalan yang Allah permudahkan. Semoga dapat pindah ke rumah ini tahun ini juga dan sudah tak sabar nak menghiasi bilik Baby Syahki," tambahnya.
Irwansyah pernah mendedahkan banglo itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk lif demi isteri tercinta.