Hiburan
“Jauhkan Perasaan Dendam Dan Selfish” - Lufya Beri Nasihat Untuk Pasangan Berpisah
Pelakon dan penyanyi Lufya Omar akui bersyukur kerana diberi rezeki untuk membesarkan cahaya matanya, Laana Haura.
Lufya berkongsi mengenai perkara itu menerusi muat naik terbaru di akaun Instagramnya.
Menurut Lufya, anaknya membesar dengan baik dan sangat memahami keadaannya.
“Cepat matang Laana Haura kan. Umur baru masuk 2 tahun 4 bulan tapi cepat besar dan memahami. Bersyukur sangat-sangat diberi rezeki terbesar dalam hidup ini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Lufya juga turut memberikan nasihat kepada pasangan yang berpisah supaya tidak menjadi seorang yang ego dan mementingkan diri sendiri.
“Satu nasihat untuk pasangan yang berpisah di luar sana. Anak adalah harta dan tanggungjawab besar yang Allah kurniakan untuk anda.
“Jauhkanlah perasaan dendam dan selfishness dalam diri. Perasaan itu tidak akan membuatkan anda ‘kaya’ dengan kegembiraan.
“Cepat atau lambat karma pasti akan menanti anda. Muhasabah diri sendiri buat seketika, adakah berbaloi untuk anda menjadi seorang yang sombong semata-mata nak ‘mengagungkan’ ego dan kamu jauh dari kasih sayang anak. Adakah berbaloi? Renungkanlah…” tulisnya
Terdahulu, Lufya telah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura.
Bagaimanapun rumah tangga pasangan ini menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin pada September 2019.
Kemelut rumah tangga pasangan itu terus berpanjangan apabila Hafiz enggan menceraikan Lufya.
Must-Watch Video