"Jawapan Jinggo Macam Kurang Ajar Sangat Bunyinya .." - Warganet Hentam Pengarah Drama Bukan Gadis Biasa

Zulaikha Yusof
Mei 15, 2020 05:09 MYT
Gara-gara jawapan pengarah drama Bukan Gadis Biasa, Azman Yahya atau Jinggo mengenai pemilihan Sheila Rusly untuk disolekkan menjadi watak wanita berumur 80-an telah menjadi bualan warganet di media sosial.
BACA: "Pelakon Veteran Mungkin Tak Larat, Risau Tak Mampu Hafal Skrip" - Pengarah Jelaskan Kenapa Sheila Rusly Lakonkan Watak Nenek Tua
Menerusi beberapa posting yang dimuat naik di laman Twitter mendedahkan 'screenshoot' komen yang ditulis Jinggo.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak senang dengan jawapan yang diberikan kerana merasakan agak kurang ajar.
Malah, ada segelintir yang berpendapat Jinggo dan Sheila tidak boleh menerima pendapat dan kritikan daripada orang lain.
Entri tersebut telah mendapat hampir 6,000 kicauan (retweet) dan lebih 6,000 tanda suka (likes).

Drama dkt ig shila rusli... pic.twitter.com/rnSwrjMWoo

— tukangcarut (@tukangcarut1) May 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Drama Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat, Remy Ishak dan Sheila Rusly menjadi buah mulut ramai apabila ada yang tidak berpuas hati dengan kesan solekan watak Opah Aminah yang tidak nampak semulajadi.
Malah, ada yang mempertikaikan pemilihan pelakon untuk dituakan berbanding mengambil pelakon veteran.
#Sheila Rusly #Jinggo #Bukan Gadis Biasa