Pelakon Mia Ahmad tidak dapat menyembunyikan rasa gembira melihat wajah ceria suaminya, penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan sebaik sahaja pasukan itu menang Piala Malaysia 2017 malam tadi.

Mia memeluk dan menghadiahkan ciuman di pipi Izham sebagai tanda sokongan kepada suaminya yang telah berjuang dalam Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia edisi ke-91 yang berlangsung di Stadium Shah Slam.

Gelagat Mia yang dirakamkan menerusi satu video berdurasi pendek itu dikongsi semula oleh aktres tersebut di akaun Instagram (IG)nya berserta kapsyen “Alhamdulillah”.

Alhamdulillah.. ???#Repost @tv3malaysia ・・・ Comelnya @mia.ahm4d dan suami! #KedahVsJdt #PialaMalaysia #KitaJuara #DramaSangat

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on


Manakala Izham pula kelihatan malu-malu namun tetap tersenyum bersama isteri kesayangannya.

Dalam pada itu, ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah.

Rata-ratanya menyukai dan melabelkan gelagat spontan Mia itu sebagi comel dan ‘sweet’.

“Tahniah @mia.ahm4d dengan suami, JDT… Comel je Mia Ahmad layan suami dia,” -@farhanahriduwan

“Berulang tengok, sweet sangat. Walaupun sokong Kedah. Tahniah JDT,” - @ameera_syaz08

“Haih terus rasa nak kahwin pulak, sweetnye kak Mia dengan abang Miji,” - @mhdaidilllll

“Tahniah Miji dan Mia. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah, manis sangat aih,” - @anizahnur


Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan kemarau 25 tahun selepas menjulang Piala Malaysia 2017 dengan menundukkan Kedah 2-0.

Foto: Instagram @mia.ahm4d / @izhamtarmizi24

Teks oleh: Mya Amri