Berita

Enam Sekeluarga Termasuk Empat Kanak-Kanak Dikhuatiri Tertimbus Di Miri

gempak
Gempak
29/01/2025
01:26 MYT
Sponsor Banner
Enam Sekeluarga Termasuk Empat Kanak-Kanak Dikhuatiri Tertimbus Di Miri

Enam sekeluarga dikhuatiri tertimbus selepas kediaman mereka di Kampung Lereng Bukit, Miri ditimpa tanah runtuh awal pagi Rabu.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 2.58 pagi tadi.

"Dua jentera dengan kekuatan 15 anggota telah diatur gerak ke lokasi dan tiba lima minit kemudian.

"Lokasi kejadian adalah Lot 287 A, Lot 287 B, Kampung Lereng Bukit dan pasukan dimaklumkan terdapat tujuh mangsa terlibat."
Mangsa pertama, katanya, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat manakala enam yang lain masih gagal dikesan.

"Mereka yang hilang dipercayai tertimbus ialah dua perempuan dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Komander Operasi, Muhammad Khuzir Azman berkata, setakat jam 3.48 pagi usaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus masih giat dijalankan.

Terdahulu pagi semalam, selepas empat runtuhan yang terjadi susulan hujan lebat berterusan sejak Isnin, lebih 300 penduduk di kampung tersebut telah diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing.

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024