Jebat Mahu Beraya Di Penang, Sharnaaz Bakal Bawa ‘Baby’ Bercuti Di Hotel Kegemarannya
Maliah Surip
21/04/2023 00:31 MYT
21/04/2023 00:31 MYT
Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu ini. Sama seperti yang lainnya, aktor Sharnaaz Ahmad juga sudah mempunyai agenda rayanya sendiri.
Salah satu agenda yang paling membuat bintang filem Polis Evo 3 ini teruja adalah apabila satu-satunya anak lelaki hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Noor Nabila, Jebat Jayden melahirkan hasrat berhari raya di kampung halamannya di Pulau Pinang.
Selain menyambut Aidilfitri bersama keluarga di rumah, Sharnaaz bercadang untuk meluangkan masa dengan Jebat yang mesra dipanggil Baby dengan membawanya bercuti di hotel kegemarannya di Penang.
“Jika ikut perancangan, Jebat memang mahu ikut pulang berhari raya di Penang. Saya mahu bawa dia bercuti di hotel kegemarannya iaitu Hotel Hard Rock Penang,” ujar Sharnaaz kepada media sewaktu ditemui baru-baru ini.
Menurut Sharnaaz, biarpun sudah berpisah, dia dan Nabila tidak pernah mempunyai masalah terhadap hak penjagaan atau waktu yang mahu diluangkan bersama anak tunggal mereka.
“Kalau mahu diikutkan sebenarnya baik saya atau Nabila kami tidak kisah Jebat mahu beraya dengan bapa atau ibunya.
“Jadi macam tahun ini Jebat mahu ikut balik raya ke Penang, Nabila tak ada masalah. Saya pun tak ada masalah jika Jebat mahu beraya dengan ibunya,” jelas Sharnaaz lagi.
Sharnaaz dan Nabila yang juga merupakan kakak kepada selebriti Neelofa berkahwin pada tahun 2017, dikurniakan seorang anak lelaki sebelum berpisah pada Julai 2020.
Nabila kini sudah menjadi isteri kepada Engku Emran yang merupakan bekas suami primadona Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella manakala Sharnaaz masih bergelar duda.