Tular di aplikasi TikTok, seorang individu yang sedang menunaikan ibadah umrah dilaporkan meninggal dunia ketika mencium Hajar Aswad.
Menerusi perkongsian video berdurasi lapan saat itu, memaparkan seorang isteri dilihat terduduk sambil menangis setelah suaminya disahkan meninggal dunia di Tanah Suci.
Difahamkan, arwah terjatuh dan dipijak ketika orang ramai berpusu-pusu untuk mencium Hajar Aswad.
“Ibu ini menangis histeria kerana suaminya meninggal dunia kerana dipijak oleh jemaah yang lain ketika mahu mencium Hajar Aswad,” katanya menerusi video di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap insiden yang berlaku.
Pada masa sama, ramai juga menitipkan nasihat agar tidak membahayakan diri dan hanya menunaikan rukun wajib sahaja.
Antara komen yang ditinggalkan:
