Jenama makanan segera popular, KFC Malaysia kini tampil dengan edisi pakaian jalanan tersendiri.

Berkolaborasi bersama jenama pakaian jalanan tempatan Pestle & Mortar Clothing (PMC), gaya hangat ini sudah menjadi buah mulut netizen.

Tampil dengan 11 barangan untuk keseluruhan koleksi, netizen teruja dengan jaket, hoodie, t-shirt, topi bucket dan pin baju.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Angelina Villanueva, kolaborasi ini adalah sebahagian daripada usaha jenama itu meraikan bulan kemerdekaan.

The Bow Tie Bomber puts this collaboration in full throttle with elements of KFC, PMC and Malaysia, married into one slick bomber jacket. This piece is tied together with the Colonel's bow tie placed right over your fried chicken-loving heart. ⁠⠀ ⁠⠀ Collection launches 5th September at @Majordrop.SP⁠⠀ ⁠⠀ ⁠⠀ #KFCxPMC⁠⠀ #JomKepci⁠⠀ #IniKitaPunya⁠⠀ #PestleMortarClothing⁠⠀ #PrideOfSoutheastAsia⁠⠀

A post shared by Pestle & Mortar Clothing (@pestlemortarclothing) on


“KFC sudah bertapak di Malaysia sejak 46 tahun dulu. Dengan adanya koleksi pakaian ini, ia membentuk perhubungan yang lebih unik kepada rakyat Malaysia oleh dua jenama tempatan.” ujar beliau menerusi satu kenyataan.

Koleksi kali ini juga bermakna apabila ia menitikberatkan legasi jenama ayam goreng kegemaran rakyat Malaysia ini.

Cukup menarik dengan sentuhan lokal, jumlah jualan daripada kolaborasi ini akan disalurkan kepada Add Hope Malaysia, sebuah kempen CSR di bawah KFC.

Akan berada di pasaran secara rasmi pada 5 September ini, anda boleh mendapatkan koleksi KFC X PMC di butik Major Drop, Sunway Pyramid.