Jenazah Allahyarham penyanyi Bad Indigo, 48, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara sekitar pukul 2.55 petang tadi.

Ketika pengebumian, kelihatan ahli keluarga serta sahabat dan rakan-rakan selebriti hadir untuk menziarah dan memberi penghormatan terakhir.

Antara selebriti yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir termasuklah anggota kumpulan Indigo, Zam dan Shah.

BERITA TRENDING: Al-Fatihah… Bad Indigo Meninggal Dunia​

Terdahulu, jenazah telah dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Tun Abdul Aziz Seksyen 14, Petaling Jaya.

Malam tadi, Allahyarham Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah dilaporkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang kira-kira jam 7 malam.

Berita pemergian arwah pada awalnya dikongsikan penyanyi Liza Hanim menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

Berita Trending:
Ashira Terkejut, Masih Menggigil Dengar Berita Bad Indigo Meninggal Dunia


Sekadar info, Bad yang pernah menyertai Gegar Vaganza 7 merupakan seorang bapa tunggal sejak 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Rayyan, 14, dan Rania, 13.

Berita Trending:
Bad Indigo & Ashira Umum Bercerai, Rahsiakan Punca Perpisahan